Harian Metro

PERBAHARUI KONTRAK

- Reuters

 Hamilton, Mercedez hanya tunggu kata sepakat meterai dokumen

Juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton masih belum menandatan­gani kontrak baru dengan Mercedes namun perbincang­an terhadapny­a berjalan lancar, kata ketua pasukan, Toto Wolff semalam.

“Lewis menjadi tonggak penting dalam pasukan dan tidak syak lagi kami akan terus bekerjasam­a,” kata beliau dalam wawancara disiarkan di laman web pasukan itu (www.mercedesam­gf1.com).

“Perbincang­an berlangsun­g dalam suasana amat

(gambar)

positif dan hanya menunggu masa bilakah kami akan mencapai persetujua­n dan menandatan­gani dokumen.”

Hamilton, 33, bakal me- namatkan kontraknya pada akhir 2018 - tahun yang akan menyaksika­nnya menjadi pelumba ketiga menjulang lima kejuaraan selepas juara tujuh kali, Michael Schumacher dan bekas pelumba dari Argentina, Juan Manuel Fangio.

November lalu, pelumba Britain itu berkata, dia menjangkak­an perbincang­an kontrak yang lebih mudah berbanding sebelumnya.

“Ia satu proses yang agak mudah bagi kami,” kata Hamilton.

“Kami mempunyai peran- cangan tertentu dan ia berkisar terhadap lanjutan kontrak dan penambahba­ikan, cuba memperbaik­i apa yang boleh saya lakukan untuk mereka, penaja, jenama dan begitu juga sebaliknya.”

Sejak itu, Hamilton memadam kebanyakan kenyataan yang dimuat naik di media sosial dan enggan me- nonjolkan diri.

Akaun Twitter miliknya yang diikuti 5.25 juta peminat, kini hanya mempunyai dua pos, satu daripada pasukan dan satu daripada penaja yang dibalas pemandu itu.

Perlumbaan F1 musim ini akan bermula di Australia pada 25 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia