Harian Metro

Haas pendahulu di Terbuka Phoenix

-

Arizona: Bill Haas bermula garang untuk mendahului saingan pusingan pertama Terbuka Phoenix di Arizona sambil diekori rapat beberapa nama besar sukan berkenaan.

Biarpun bermula

(gambar)

lewat, pemain Amerika Syarikat (AS) itu berjaya mencatat tujuh di bawah par 64 di depan kelompok penyokong yang ramai di TPC Scottsdale, dua pukulan mendahului lima pemain hebat termasuk rakan senegara, Rickie Fowler.

Pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, Jon Rahm ketinggala­n tiga pukulan diikuti pemain AS, Justin Thomas dengan empat pukulan.

Dalam saingan yang turut mempertaru­hkan empat daripada lima pemain utama dunia itu, juara bertahan dua kali dari Jepun, Hideki Matsuyama bermula sederhana dengan ketinggala­n lima pukulan namun seorang lagi pemain AS, Jordan Spieth bergelut untuk satu di atas par 72.

Haas yang bermula di lubang ke-10, mencatat lima di bawah par selepas tujuh lubang, dibantu eagle pada lubang ke-15 apabila membuat putt sempurna dari jarak 20 kaki.

Fowler yang tewas kepada Matsuyama dalam aksi playoff dua tahun lalu, juga melakukan eagle di lubang ke-15.

“Saya sedar bahawa bermain awal pagi ketika cuaca dingin pada sembilan lubang terakhir boleh memerangka­p anda jika tidak berhati-hari,” kata Fowler kepada Golf Channel.

“Saya bermain dengan baik, mencatat tiga di bawah par selepas sembilan lubang, berjaya mendapatka­n beberapa par, berjaya membuat pukulan par jauh pada lubang keempat dan birdie pada lubang kelapan.”

“Saya tidak fikir lapangan ini terlalu mencabar seawal pukulan tee tetapi anda perlu memukulnya tepat ke fairway untuk peluang bermain lebih baik di kawasan green.

“Minggu lalu satu masalah kecil (tersingkir di Torrey Pines), saya melakukan beberapa kesilapan. Akan cuba perbaiki kesilapan itu.” - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia