Harian Metro

SUAREZ ROBEK KUBU VALENCIA

- AFP

L(gambar)

uis Suarez meledak gol tunggal ketika juara bertahan, Barcelona mengatasi Valencia 1-0 dalam aksi pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol di Camp Nou awal pagi semalam.

Barcelo- na, juara 29 kali kejohanan itu, berhasrat menjadi pasukan pertama menjulang piala empat tahun berturut-turut selepas Athletic Bilbao mencatat sejarah pada 1930-an.

Bagaimanap­un, mereka dikerah untuk bekerja keras berdepan Valencia yang kehilangan tiga pemain utama iaitu Goncalo Guedes, Geoffrey Kondogbia dan Ezequiel Garay akibat kecederaan.

Barcelona mendominas­i perlawanan namun terpaksa menunggu hingga ke minit ke-67 untuk memecah kebuntuan.

Seperti dijangka,

 Ledak gol tunggal buat Barca pada minit ke-67 dalam aksi pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol

Lionel Messi adalah orangnya yang merobek pertahanan Valencia sebelum membuat hantaran kepada Suarez.

Pemain Argentina itu dengan lincah membolosi kawasan penalti sebelum sepakan kaki kirinya memperdaya­kan tiga pertahanan lawan dan membolehka­n Suarez menanduk tepat ke gawang lawan.

Perlawanan sengit itu jauh berbeza berbanding kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat sama dua tahun lalu di mana Barcelona menang 8-1 secara agregat selepas menang 7-0 pada aksi pertama.

“Kami mempunyai kelebihan kecil tetapi masih mempunyai baki 90 minit dan tempoh itu pastinya terlalu lama kerana Valencia kuat di laman sendiri,” kata Suarez yang kini mengumpul 13 gol daripada 11 perlawanan terakhirny­a.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam, Leganes yang mengejutka­n Real Madrid pada suku akhir, bangkit dari ketinggala­n satu gol untuk seri 1-1 dengan Sevilla pada perlawanan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia