Harian Metro

De Bruyne, Silva perit diterjah

-

Manchester: Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva meluahkan kekecewaan masing-masing kerana sering menjadi sasaran corak permainan agresif lawan sejak kebelakang­an ini.

Pemain City itu perlu merawat kecederaan menjelang kunjungan ke Burnley malam ini selepas berdepan permainan kasar pasukan lawan.

Pengurus City, Pep Guardiola dilaporkan berang terhadap kekasaran yang dilakukan pemain West Brom sewaktu perlawanan Liga Perdana termasuk terjahan Matt Phillips ke atas pemain gantian, Brahim Diaz.

De Bruyne, pemain tengah Belgium itu turut menjadi mangsa pemain West Brom, James McClean sebelum menjaringk­an gol kedua City yang menyaksika­n mereka menang 3-0 di Stadium Etihad.

Insiden berkenaan berlaku selepas mereka menewaskan Cardiff dalam aksi Piala FA yang menyaksika­n pemain tengah Jerman, Leroy Sane mengalami kecederaan ligamen buku lali selepas dikasari, menyebabka­nnya tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya enam minggu.

Perkara itu mendorong Guardiola meminta pengadil supaya bekerja keras melindungi pemainnya bagi menghalang kecederaan.

“Dalam bola sepak, secara umumnya pemain adalah artis. Satu perkara yang boleh pengadil lakukan adalah melindungi mereka,” kata

Guardiola.

“Pengadil perlu melindungi, bukan saja pemain saya malah juga pemain lain.”

De Bruyne berkata, percubaan untuk menghalang kelancaran permainan City dengan gerakan agresif mula memberi kesan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

“Ada kalanya ia amat mengecewak­an kami. Banyak pasukan cuba mengasari kami. Kami membuat kekasaran, kami dilayangka­n kad kuning. Ada kalanya saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.

“Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan, anda boleh menarik jersi, ia lebih berkesan daripada mengasari pemain.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia