Harian Metro

‘Peluang tebus duka’

-

kekecewaan tahun lalu.

Kekalahan 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan sebenar kepada Kedah di laman sendiri itu sememangny­a mahu ditebus semula pemain Harimau Selatan.

Bagaimanap­un, ketika itu Izham hanya menyaksika­n perlawanan dari tepi padang dengan posisi penjaga gawang digalas Farizal Marlias.

Namun, peluang pemain berusia 26 tahun itu untuk membantu pasukan menjulang trofi musim ini terbuka luas apabila Farizal masih lagi menjalani hukuman penggantun­gan. “Ini perlawanan pembukaan liga, memang ia perlawanan penting kerana kami mahu rampas semula piala ini apatah lagi kami bermain di gelanggang sendiri. Kami juga tak mahu tercicir mata kerana ini juga perlawanan bagi aksi Liga Super.

“Tahun lalu kami tewas penalti, jadi kami mahu tebus semula. Tapi kami tahu Kedah juga pasukan yang bagus dengan pemain berpengala­man. Jika saya diturunkan, ini perlawanan sumbangsih pertama saya, jadi saya akan cuba berikan yang terbaik,” kata Izham ketika dihubungi, semalam.

Selain Izham, jurulatih Johor DT, Ulisses Morais masih memiliki seorang lagi penjaga gol pilihan, Haziq Nadzli yang sebelum ini cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun negara di Kejohanan AFC di China bulan lalu.

Menurut Izham, mereka perlu memperbaik­i kelemahan khususnya selepas mengalami kekalahan 2-5 kepada Muangthong United pada aksi play off Liga Juara-Juara Asia pada 23 Januari lalu.

“Kekalahan besar kepada Muangthong itu satu tamparan hebat buat kami, ia menyedarka­n kami untuk memperbaik­i kelemahan dan bangkit semula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia