Harian Metro

Limpahan import berkualiti janji aksi menarik

-

bola sepak Malaysia 2018 kembali lagi dan kita harus yakin bahawa ia akan membawa satu tahap persembaha­n yang lebih tinggi.

Kita berharap penyokong pasukan akan terus membakar semangat pemain dengan sorakan padu tanpa mengira keputusan baik atau buruk.

Kita juga berharap pengadil perlawanan tidak akan memilih untuk menjadi ‘bintang’ di atas padang dan kita harap pemain tempatan sudah dapat menghitung kemampuan masing-masing selepas menyaksika­n persembaha­n pasukan Bawah 23 Tahun.

Kita harus percaya jurulatih setiap pasukan akan dapat menyusun taktik serta strategi permainan sekali gus mencorakka­n persembaha­n lebih menarik tidak kira sama ada ketika menang atau kalah.

Tetapi tumpuan kita juga terarah kepada pemain asing atau import dalam setiap pasukan.

Dengan tambahan seorang lagi pemain maka lima awang import akan diturunkan bersama enam pemain tempatan. Ini harus memastikan persaingan yang lebih hebat sekiranya lima pemain import yang disenaraik­an itu berkualiti tinggi.

Perkara yang amat menarik ialah kemunculan semula Luciano Figueroa, Jorge

(gambar)

Pereyra Diaz serta Hariss Harun yang menyarung jersi JDT. Tiga pemain bintang itu sanggup kembali ‘berkorban’ untuk JDT dan justeru, wajar kalau ketiga-tiganya dilabel istimewa.

Kemahiran serta tekad dan mentaliti yang dimiliki Lucho, Jorge dan Hariss membolehka­n mereka dianggap sebagai yang terbaik dalam sejarah bola sepak JDT.

Melihat kepada pemain import yang lain, Rafael Ramazotti turut menarik perhatian kerana saiz fizikalnya serta rekod jaringan yang dilakukan semasa beraksi di S-League di Singapura.

Dia mempunyai kemahiran tandukan serta penyudah yang berbisa dan akan menjadi daya penarik kepada PKNS. Pemain yang tegap lagi lasak itu lebih selesa menjadi ‘targetman’ tetapi kemas melakukan penyudah dari dalam kotak penalti.

Kehadiran dua pemain Indonesia, Evan Dimas serta Ilham Armaiyn bersama Selangor menyaksika­n dua pemain terbaik Asia Tenggara itu turut berada dalam kancah bola sepak negara kita.

Kedua-dua pemain itu sudah pasti mempunyai tahap lebih tinggi berbanding pemain tempatan.

Penyerang Pahang, Sergio Unrein pula mempunyai potensi untuk merobek mana-mana barisan pertahanan sekiranya mendapat sokongan Mohamadou Sumareh yang bagaimanap­un sering dilihat tamak walaupun mempunyai kebolehan menggelece­k yang baik.

Warga Brazil mempunyai wakil paling ramai di Liga Super 2018 dan kita berharap penyokong akan disajikan dengan rentak samba.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia