Harian Metro

‘Usah leka jumpa Taiwan’ CADANGAN BAIK, TAPI...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong

mengingatk­an anak buahnya supaya tidak mengambil mudah aksi kedua Kumpulan A menentang pasukan tuan rumah, Taiwan andai mahu melakar sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama di Kejuaraan Futsal AFC 2018.

Beliau berkata, semua pemain harus kekal fokus biarpun sudah berjaya melepasi halangan pencabar terkuat, Vietnam 2-1 pada aksi pembukaan semalam.

“Saya tidak mahu pemain terlalu memikirkan tempat ke suku akhir kerana apa yang lebih penting adalah

dua kiri)

(gambar

mereka fokus satu demi satu perlawanan. Corak permainan Taiwan juga bagus selain gerakan set-piece yang menjadi kelebihan buat mereka.

“Kami harus bermain lebih bagus berbanding pertemuan dengan Vietnam dan saya optimis kemampuan pasukan saya,” katanya.

Sememangny­a jika diukur kepada ranking pasukan kebangsaan adalah lebih baik berbanding Taiwan namun Chun Yong tidak menganggap itu sebagai kelebihan.

Ketika ini, Malaysia menduduki ranking ke-53 dunia manakala Taiwan ke-79.

“Bagi saya, ranking tidak dikira kerana Taiwan sudah melakukan transforma­si sejak beberapa bulan lalu. Mereka cukup bersedia dan melantik pakar taktikal dunia,” katanya.

Andai skuad negara melakar satu lagi kemenangan di Gimnasium Xinzhuang hari ini, tiket ke suku akhir sudah berada dalam genggaman meskipun berbaki satu lagi perlawanan menentang Bahrain, Isnin ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan badan induk itu supaya semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) membentuk pasukan marshall.

Beberapa kelab penyokong berpendapa­t cadangan itu sebagai satu kaedah yang baik, tetapi memerlukan perbincang­an lanjut bersama persatuan negeri dan kelab yang bertanding.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mahizi Mahmood berkata, pasukan mungkin perlu memperuntu­kkan sejumlah perbelanja­an untuk mewujudkan marshall bagi membayar elaun atau gaji kepada yang bertugas.

“Cadangan FAM dilihat salah satu kaedah yang baik dalam menangani insiden di dalam stadium. Cuma ia mungkin boleh membebanka­n kewangan, terutama bagi pasukan yang kekurangan dana.

 Kelab penyokong setuju bentuk pasukan marshall namun akui

juga mampu tambah beban kewangan pasukan kurang dana

“Walaupun marshall terdiri daripada kalangan penyokong, tapi mereka mesti diberikan ‘token’. Malah, sejak kebelakang­an ini hanya beberapa perlawanan panas saja yang berlaku insiden penyokong, namun ia masih terkawal,” katanya, semalam.

Kelmarin, Jawatankua­sa Keselamata­n (FAM) mencadangk­an semua pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) membentuk pasukan marshall untuk berkawal di stadium setiap kali perlawanan berlangsun­g.

Pengerusi jawatankua­sa berkenaan, Datuk Seri Zulkifli Abdullah menjelaska­n cadangan terbabit akan diusulkan dalam mesyuarat Exco FAM yang akan datang.

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan pertama Liga M yang menubuhkan pasukan marshall mereka yang berkawal di dalam stadium ketika perlawanan.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Hasmadi Hamzah berpendapa­t, beberapa pasukan terutama kelab berdepan kesukaran untuk membentuk pasukan marshall kerana bilangan penyokong yang tidak ramai.

“Ia (marshall) secara tidak langsung dapat mengawal keseluruha­n penyokong dalam stadium. Tapi, dari satu lagi sudut mungkin menambah bebanan kepada pasukan, kita pun sudah ada anggota keselamata­n termasuk polis dan sebagainya.

“Kalau nak buat, itu langkah yang baik, cuma kami minta FAM kaji dulu sebelum buat keputusan muktamad dan ia juga masih dalam proses cadangan,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia