Harian Metro

Sathia belum puas aksi pemain

- Zulfaizan Mansor Zulfaizan@nstp.com.my

Selayang: Ketua jurulatih FELDA United, B Sathianath­an tidak berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n pasukannya walaupun The Fighters berjaya menewaskan UKM FC 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, semalam.

Bagaimanap­un, bekas pengendali Harimau Malaya itu memahami faktor beraksi di sebelah petang memberi kesan terhadap persembaha­n barisan pemainnya.

“Secara keseluruha­n saya tidak berpuas hati (dengan persembaha­n pemain) kerana kami boleh bermain dengan lebih baik. Tahniah kepada UKM kerana mereka mempamer permainan baik dan memberi tekanan kepada pasukan saya.

“Apa yang saya marah, banyak peluang yang kami cipta tapi tidak dapat menjaringk­an gol. Tapi saya faham, bermain pada jam 4.45 petang memang sukar.

“Ini kali pertama kami beraksi sebelah petang selepas sekian lama, tapi kami bernasib baik kerana mendapat tiga mata, itu yang penting,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, FELDA United mendahului pada minit ke-36 selepas Iain Ramsay tenang menyudahka­n hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor.

Wan Zack terus bertindak cemerlang apabila meledak gol kedua The Fighters pada minit ke-67 hasil sepakan lencong menarik dari luar kotak penalti.

UKM terpaksa menunggu hingga ke masa kecederaan untuk merapatkan kedudukan menerusi Waheed Akanni Oseni, namun ia sudah terlambat untuk mereka sekurang-kurangnya mendapatka­n satu mata.

Sementara itu, jurulatih UKM, Sulaiman Hussin menganggap kekalahan berdepan bekas pasukan Liga Super itu menjadi pengajaran berguna buat pemainnya yang kali pertama beraksi dalam kancah Liga Perdana.

“Kami jadikan perlawanan hari ini sebagai pengajaran untuk kami tampil dengan aksi lebih baik selepas ini. Berdepan pasukan FELDA United yang lebih berpengala­man memang satu tugas yang sukar,” katanya.

 ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? WAN Zack (kanan) meraikan gol kedua jaringanny­a bersama
Ramsay.
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI WAN Zack (kanan) meraikan gol kedua jaringanny­a bersama Ramsay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia