Harian Metro

MIRA FILZAH TAK ABAI LAKONAN

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Berusaha pelbagaika­n bakat,

pertimbang tawaran filem

Walaupun semakin mendapat perhatian sebagai pengacara, Mira Filzah tetap mengutamak­an kerjaya lakonannya.

Malah, selain membintang­i drama, gadis jelita ini turut memsasarka­n impian untuk beraksi dalam filem.

Katanya, dia mengharapk­an tahun ini bakat lakonannya akan dikembangk­an lebih jauh di layar perak.

Menurut Mira, setiap pelakon sepertinya sudah tentu memiliki impian untuk membintang­i filem.

“Sebenarnya, saya ada mendapat tawaran berlakon filem cuma semuanya masih dalam perbincang­an teliti.

“Bahkan, untuk membintang­i filem saya juga harus persiapkan diri dengan mengikuti kelas lakonan.

“Masih banyak yang kurang dalam lakonan saya harus diperbaiki sebelum melangkah ke arena filem.

“Apapun, jika ada peluang saya memang sudah bersedia untuk mengetenga­hkan bakat sebagai pelakon filem,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Amirah Badioezama­n ini, dia mahu kerjaya lakonan dan pengacaraa­n diceburiny­a bergerak seiring.

“Terus terang, saya sangat meminati bidang lakonan dan pengacaraa­n. Bagi saya, kedua-dua bidang ini ada keistimewa­an tersendiri.

“Ditambah lagi, sebagai penggiat seni adalah wajar untuk saya mempelbaga­ikan bakat untuk terus kekal bertahan.

“Apapun, saya berterima kasih kepada penonton yang menerima baik kemunculan saya sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara,” katanya.

Bersyukur kemunculan­nya mendapat sambutan baik penonton Nona, Mira berkata, dia selesa bersikap terbuka.

Mengulas pula komen diterimany­a, Mira berkata, setakat ini teguran yang pernah dia dapat daripada penonton hanya biasa-biasa saja.

“Tidak pernah ada lagi saya terima komen pedas dan menguris hati. Setakat ini, semuanya okey.

“Paling banyak yang ditegur penonton ialah cara penyampaia­n saya yang dikatakan bercakap terlalu laju,” katanya.

Nona yang sudah bersiaran selama 30 tahun sejak 25 Ogos 1985, kini disiarkan TV3 setiap Ahad, jam 2 petang.

Menurut Mira, melalui kebanyakan komen positif diterima, ia menaikkan lagi semangatny­a untuk membuat persembaha­n terbaik.

“Terus terang, saya sentiasa berusaha ke arah menampilka­n persembaha­n yang bagus buat penonton program Nona.

“Malah, saya juga sangat memberi perhatian pada cara penyampaia­n pengacaraa­n ditampilka­n pada setiap masa.

“Bagaimanap­un, jika ada yang terkurang, saya mohon beri masa untuk memperbaik­i kelemahan itu dalam siaran episod Nona yang seterusnya,” katanya.

Bagi memantapka­n cara pengacaraa­nnya, Mira berkata, dia juga sering berbincang dengan produksi penerbitan Nona.

Terdahulu, bakat pengacaraa­n pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini dipersemba­hkan dalam program berkonsep majlis perkahwina­n, Mahligai Cinta di TV3.

Tidak gentar dengan perbanding­an, Mira mengakui ia perkara lumrah dan dia menerimany­a dengan hati terbuka.

 ??  ?? Terus terang, saya sentiasa berusaha ke arah menampilka­n persembaha­n yang bagus buat penonton program Nona
Terus terang, saya sentiasa berusaha ke arah menampilka­n persembaha­n yang bagus buat penonton program Nona

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia