Harian Metro

ARTIS PERLU JAGA PENAMPILAN

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Syamel dan Nabila pastikan diri kemas ketika berada

di khalayak ramai

Penampilan di sesuatu majlis sememangny­a sangat penting untuk dititikber­atkan selebriti. Dari dulu sampai sekarang, ia menjadi elemen penting yang harus sentiasa dijaga apabila berdepan dengan khalayak.

Bagaimanap­un, tidak dinafikan ada selebriti yang penampilan­nya boleh dipersoalk­an pada satu-satu acara. Mereka seakan-akan tiada inisiatif untuk bergaya mahupun sekurangku­rangnya tampil kemas.

Kerap berlaku, apabila menghadiri acara yang besar dan gah, tiba-tiba selebriti itu tampil ringkas serta tidak ikut tema. Lebih teruk, jika ada bahagian fizikalnya yang tidak menyenangk­an seperti tidak memakai minyak wangi atau rambut serabai.

Hal itu mungkin nampak remeh tapi hakikatnya sangat penting untuk reputasi mereka. Mana tidaknya, sebagai selebriti pastinya matamata yang melihat akan memperhati­kan setiap inci tubuh mereka.

Bayangkan jika tibatiba bukan saja peminat bahkan rakan artis lain di sana datang menyapa dan menjadi kurang senang? Pasti terbit rasa malu dalam diri dan pada masa itulah juga baru sedar akan kekurangan diri.

Ikuti pendapat selebriti terkenal tempatan mengenai isu Cuit Sikit kali ini.

SYAMEL

“Sebagai selebriti, kita sekali gus akan menjadi idola peminat. Justeru, kita perlu menjaga setiap aspek dalam diri apabila sudah memegang gelaran itu.

Bagi saya, ia sangat penting untuk menitikber­atkan penampilan diri terutama apabila menghadiri majlis. Kalau boleh, biarlah penampilan kita cukup segak atau kemas pun sudah memadai.

“Saya akui bukanlah kacak sangat pun tetapi sudah menjadi kemestian untuk menyiapkan diri sebaiknya jika keluar rumah. Terutama untuk menghadiri acara yang mengikut tema, saya akan berusaha untuk tampil dengan gaya terbaik.

“Tapi sebenarnya bukan acara besar saja pun, kalau hadir acara kecil pun sama juga. Saya akan mengenakan pakaian yang segak walaupun ringkas seperti kemeja dan seluar jeans tapi sedap dipandang.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada acara itu. Mungkin ia akan dihadiri individu berkepenti­ngan ataupun mungkin secara tiba-tiba dipanggil ke pentas.

“Begitu juga dengan peminat pasti ada saja yang mahu mengambil gambar. Bayangkan kalau mereka sangat menyanjung­i kita tetapi apabila melihat penampilan ala kadar, pasti kita sendiri akan berasa malu?

“Saya sendiri kalau ke pasar sekalipun memang akan tampil kemas.

Biarlah orang kata ‘poyo’ namun saya sendiri mahu keselesaan diri agar tidaklah nanti dipandang sinis jika ada yang kenal,” katanya.

“Apabila sudah memilih jalan ini iaitu menjadi selebriti, kita kenalah menjaga serba-serbi mengenai diri kita. Macam saya sendiri, dalam apa juga situasi pun saya akan pastikan penampilan diri dijaga baik dan rapi. Apa lagi semakin dikenali sekarang dan sebagai wanita, lebih banyak perkara yang perlu saya titikberat­kan seperti kulit muka, kuku serta pemakaian.

“Saya akui ada masanya berasa sangat malas untuk bersiap dan berdandan.

Tapi kalau keluar ke pusat beli-belah contohnya, sekurang-kurangnya saya akan memakai maskara, pemerah pipi dan pakaian yang kemas.

“Memandangk­an saya juga berhijab, saya juga akan mengutamak­an penampilan diri untuk memastikan diri sentiasa tampil segar setiap masa. Tahu sajalah kalau berada lama di luar pasti kadang-kadang bahagian dalam tudung akan mengeluark­an bau yang kurang enak.

“Jadi, saya sentiasa membawa minyak wangi untuk digunakan supaya tidaklah nanti menimbulka­n bau tidak menyenangk­an. Peminat pun pastinya ada yang ingin mengambil gambar.

“Selain itu, dari segi percakapan pula memang saya sekarang sangat berhati-hati dan berhemah. Berbanding sebelum ini jenis main borak saja, sekarang aspek itu kena jaga betul-betul.

“Jadi, tiga aspek itulah yang paling penting dan kalau dijaga baik pastinya tiada masalah untuk membawa diri dalam bidang seni . Memandangk­an kita pun selalu diperhatik­an, bagi saya sangat penting untuk sentiasa menunjukka­n imej terbaik di tempat awam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada acara itu. Mungkin ia akan dihadiri individu berkepenti­ngan ataupun mungkin secara tiba-tiba dipanggil ke pentas
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada acara itu. Mungkin ia akan dihadiri individu berkepenti­ngan ataupun mungkin secara tiba-tiba dipanggil ke pentas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia