Harian Metro

BUKAN SEKADAR PELENGKAP KUOTA

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Achmad Jufriyanto Tohir hadir ke Malaysia dengan reputasi sebagai antara pemain pertahanan terbaik Indonesia, sekali gus menjadi harapan pasukan Kuala Lumpur bagi menghadapi Liga Super 2018 yang membuka tirai hari ini.

Pada masa sama, keputusan Jufriyanto atau lebih mesra dengan panggilan

Jupe meninggalk­an kelab Persib Bandung mencetuska­n cerita kurang enak di Indonesia bila ada yang menuduhnya sengaja ‘lari’ kerana takut menghadapi saingan ekoran kedatangan dua pemain pertahanan import dalam pasukan itu.

Di Malaysia, khalayak bola sepak negara ini menerima kehadiran pemain import Asia Tenggara dengan berbelah bahagi. Ada yang mempertika­ikan kewajaran kuota import ASEAN kerana kualiti pemain import dengan pemain tempatan dianggap setara.

PREEEET sempat bersembang dengan

Jupe untuk mendengar penjelasan­nya serta mengupas isu yang dibangkitk­an itu.

SOALAN(S): Selamat datang ke Malaysia. Apakah yang mendorong anda untuk menerima tawaran bermain di sini?

JUFRIYANTO (J): Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat bermain di luar Indonesia kerana mahu menambah pengalaman, cuma baru sekarang kesempatan itu datang. Sebelum ini pada 2016 saya pernah mencuba bersama pasukan Terengganu namun tidak menjadi kenyataan. Jadi, bila peluang datang kali ini, saya tidak mahu melepaskan­nya kerana pada usia 31 tahun,

kalau tidak sekarang bila lagi?

S: Dikhabarka­n anda juga turut menerima tawaran dari kelab Thailand, jadi mengapa memilih Kuala Lumpur?

J: Kuala Lumpur menunjukka­n lebih kesungguha­n untuk mendapatka­n saya. Malah, saya tertarik dengan pasukan ini selepas mengetahui mereka baru dinaikkan ke Liga Super. Ia pasti memberi cabaran, sesuatu yang memang saya cari.

S: Ada cakap-cakap di Indonesia menyatakan anda meninggalk­an

Persib Bandung kerana bimbang kedudukan anda tergugat selepas kelab itu membeli pemain import, Victor Igbonefo dan Bojan Malisic.

J: Saya pemain profesiona­l, saingan sentiasa ada sama ada daripada pemain import mahupun pemain tempatan. Saya tidak pernah berasa gentar dengan saingan, maka sebab itu sebelum ke sini, saya menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama Persib.

Saya datang ke Malaysia atas tujuan mengembang­kan karier serta menambah pengalaman. Hal ini disokong oleh pengurusan Persib yang rela melepaskan saya meskipun saya masih berbaki kontrak bersama mereka.

Kalau takut kepada saingan, saya tidak akan sampai ke Malaysia kerana di sini juga saingannya bukan kecil malah saya percaya lebih besar kerana saya datang sebagai pemain import.

S: Di Malaysia sendiri, ada yang mempertika­ikan keputusan mengujudka­n kuota import Asia Tenggara kerana pada mereka ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada bola sepak negara ini kerana kualiti pemain di rantau ini tidak banyak berbeza. Komen anda?

J: Setiap keputusan pasti ada pro dan kontra. Bagi saya sudah tentu bagus kerana Malaysia membuka ruang kepada pemain Asia Tenggara lain untuk mencari pengalaman bermain di luar negara.

Pada masa sama, ia tetap memberi manfaat kepada bola sepak negara ini kerana walaupun dari Asia Tenggara, namun kita sebenarnya mempunyai corak permainan yang berbeza.

Contohnya, cara permainan pemain Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja berbeza dengan pemain Malaysia. Jadi, daripada situ pemain Malaysia mempelajar­i sesuatu yang baru, secara tidak langsung dapat memperting­katkan permainan mereka.

S: Sudah pasti tanggapan ini juga menjadi cabaran kepada anda sebagai pemain import kuota Asia Tenggara.

J: Ya, sudah tentu kerana saya perlu membuktika­n bahawa pembelian saya bukan sesuatu yang sia-sia.

Saya tidak mahu dicap sekadar pelengkap kuota sebaliknya harus sentiasa berada satu takuk lebih baik daripada pemain tempatan.

Ini adalah cabaran besar kepada saya namun pada masa sama ia menjadi penyuntik motivasi untuk saya sentiasa bekerja keras serta memberi yang terbaik untuk pasukan.

S: Akhir sekali, apa sasaran anda bersama Kuala Lumpur?

J: Sebagai pemain saya sentiasa meletakkan sasaran tinggi iaitu ingin memenangi piala. Tapi, saya

‘tidak mahu menjanjika­n apa-apa kepada penyokong kecuali akan memberikan yang terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia