Harian Metro

Alex bangga pencapaian Lexie

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Sebagai seorang ibu, Alex Gerrard memang begitu teruja selepas melihat anaknya berusia 11 tahun, Lexie mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan sekali gus mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang model terkenal.

Alex iaitu isteri kepada legenda Liverpool, Steven Gerrard sangat berbesar hati dan berasa bangga dengan pencapaian anak perempuann­ya itu yang masuk ke dalam bidang berkenaan dengan membuat penampilan sulung bersama jenama fesyen dalam talian, Boohoo.

Lexie memang kelihatan comel dan bergaya selepas mengenakan beberapa pakaian mengikut fesyen terkini, dari seluar bercorak kotak sehinggala­h kepada kemeja-T sukan.

Pada penampilan pertama di set penggambar­an, Lexie berjaya menarik perhatian lebih 10,000 peminatnya di laman sosial Instagram dengan rambut berwarna perang mencecah sehingga ke bahu.

Bukan saja Alex, malah Gerrard juga bangga melihat pencapaian anak mereka itu dan memuatnaik gambar di laman sosial, Instagram untuk menjadi tatapan 6.7 juta peminatnya.

“Model Cilik Saya,” jelas kapsyen di gambar berkenaan dan disusuli dengan mesej bertalu-talu oleh peminat Gerrard yang memuji serta memberi sokongan kepada anak perempuann­ya itu.

Alex bukan saja seorang model malah menjadi penulis kolum ruangan fesyen untuk Daily Mirror dan penah digambarka­n sebagai ketua isteri-isteri dan teman wanita (WAG) skuad bola sepak kebangsaan England, bersama Victoria Beckham dan Coleen Rooney.

Dia yang juga penulis mingguan di majalah OK dari 2009 hingga Januari 2013, mula bercinta dengan Gerrard sejak 2002 dan pada satu masa pernah berpacaran bersama ahli perniagaan, Tony Richardson.

Gerrard berkahwin bersama Alex pada 16

Jun 2007 di hotel mewah, Cliveden House di Buckingham­sire dan selain Lexie, mereka mempunyai tiga lagi cahaya mata, LillyElla, Lourdes dan Lio.

Pada 2013, Alex memperagak­an kehebatann­ya dalam pertunjukk­an fesyen apabila menjadi model kepada koleksi pakaian VIP Lipsy.

Dia juga tidak lari dari cerita kontrovers­i apabila pada Ogos 2006 ditahan polis Merseyside berikutan terbabit dalam pergaduhan di restoran Shangri-La.

Remaja yang terbabit dalam insiden berkenaan adalah kelahiran Maghull dan dipukul menggunaka­n botol kaca pada bahagian muka.

Alex juga terbabit dalam satu perang mulut bersama penyanyi, Jamelia yang

 ??  ?? ALEX bersama suaminya,
Gerrard.
ALEX bersama suaminya, Gerrard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia