Harian Metro

SANDRO CERIA ‘TANGKAL’ DITEMUI

-

Muram seketika penyerang import Kedah, Sandro dan Silva apabila kehilangan pelindung tulang kaki (shin guard) yang tertinggal di bangku pemain simpanan semasa perlawanan persahabat­an menentang kelab Thailand, Suphanburi FC di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.

Ini kerana ‘shin guard’ itu dianggap terlalu istimewa oleh Sandro kerana ia dihiasi gambar keluargany­a.

Malah ia ibarat ‘tangkal’ yang memberi semangat kepada dirinya setiap kali turun ke padang.

“Saya menggunaka­nnya sejak 2015 dan memenangi beberapa piala dengannya kerana ‘shin guard’ ini mempunyai gambar keluarga saya. Ia barang peribadi yang sangat penting dan membawa banyak kegembiraa­n ketika saya menggunaka­nnya,” tulis Sandro melalui akaun Facebook miliknya.

Sandro berjanji akan menghadiah­kan sehelai kemeja T pasukan

Kedah kepada sesiapa yang menjumpai dan memulangka­n ‘shin guard’ itu kepadanya.

Betapa berharga ‘shin guard’ itu sehingga laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) turut membuat hebahan yang sama.

Sudah pasti Sandro boleh kembali tidur lena kerana tidak lama selepas itu ‘shin guard’ kesayangan­nya itu dijumpai serta dikembalik­an kepadanya.

Begitulah Sandro yang Spy Bola kenali sejak empat tahun lalu, dia seorang yang sangat menyayangi keluargany­a kerana baginya, merekalah pencetus kejayaanny­a selama ini.

“Salah satu sebab saya meninggalk­an negara saya (Brazil), datang sejauh ini (ke Malaysia) kerana mahu mencari rezeki untuk keluarga.Merekalah segalagala­nya untuk saya.

“Saya tidak mahu anak-anak saya melalui kehidupan susah seperti saya dulu. Malah dengan rezeki yang saya peroleh sekarang, saya mampu membahagia­kan seluruh keluarga saya di Brazil,” demikian Sandro pernah beritahu Spy Bola.

Spy Bola: Simpan motosikal antik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia