Harian Metro

“AKHYAR, BUAT LEBIH BAIK”- AKMAL

-

Nampaknya ramai cukup teruja bercakap mengenai pemain muda Kedah, Akhyar Rashid sejak tercetus berita dia dilamar oleh beberapa kelab luar negara selepas beraksi cemerlang pada Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia Bawah 23 Tahun di China, bulan lalu.

Ke mana-mana Spy

Bola pergi terutama di negeri kelahirann­ya, topik perbualan adalah mengenai pemain yang digelar “Neymar Kedah’ ini.

Spy Bola sempat bersembang dengan bekas pemain Kedah, Akmal Rizal Rakhli mengenai uraura Akhyar akan dilamar kelab luar negara itu.

Bukan apa, sekadar mahu mendengar pandangan Akmal yang pernah bermain untuk kelab FCSR Haguenau di Perancis pada 1999 hingga 2001.

“Jika benar Akhyar mendapat tawaran, saya harap dia tidak mensiasiak­an peluang itu. Malah, saya mahu melihat dia menjadi pemain pertama negara melakar kejayaan di liga luar negara.

“Walaupun sudah ramai pemain kita termasuk saya pernah mendapat peluang bermain dengan kelab luar namun pengakhira­nnya tidak seperti diharapkan atas beberapa faktor.

“Jadi harapan saya, jika Akhyar memperoleh kesempatan ini, dia dapat mencapai kejayaan lebih baik daripada kami kerana ia akan turut membuka pintu lebih luas kepada pemain lain untuk mengikut jejaknya,” katanya.

Spy Bola pun berharap begitu kerana selain Akmal, beberapa pemain seperti Juzaili Sameon (FCSR Haguenau) , Fadzli Saari, Rudie Ramli (SV Wehen, Jerman), Wan

Zack Haikal Wan Nor

(FC Ryukyu, Jepun) dan Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar, Portugal) juga pulang awal tanpa sempat meninggalk­an impak.

Spy Bola: Kekal selagi diperlukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia