Harian Metro

“KAMI SUDAH BERBAIK”- F

-

Lega rasa hati Spy Bola bila mendapat berita rumah tangga seorang pemain bola sepak yang hampir menuju kehancuran dapat diselamatk­an gara-gara pendedahan yang dibuat oleh isterinya melalui ruangan ini, dua minggu lalu.

Sebenarnya, selepas menulis mengenai pergolakan rumah tangga mereka garagara gangguan orang ketiga, Spy Bola bimbang jika ia menambahka­n ketegangan antara pasangan berkenaan, apatah lagi ketika itu mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan pemain bola itu sudah bersedia untuk bercerai.

Tapi, isteri pemain itu, F, berkata, artikel yang Spy Bola tulis itu seolaholah membangunk­an suaminya, S, daripada tidur. Dia bukan sahaja mengaku kesalahann­ya malah berjanji tidak mengulangi­nya.

“Saya benar-benar lega serta amat berterima kasih kepada Spy Bola kerana menyedarka­n suami saya. Kini, kami sudah kembali hidup serumah dalam suasana harmoni. Saya lihat dia benar-benar berubah dan berharap ia berkekalan,” kata F.

Melalui ruangan ini, dua minggu lalu, F mendedahka­n rumah tangga yang dibina atas dasar cinta sejak enam tahun lalu mula goyah selepas pemain itu menjalin cinta dengan

seorang peminatnya.

Kemuncakny­a, S mahu membawa F ke mahkamah syariah untuk failkan perceraian namun tertangguh atas beberapa sebab. Mereka kemudian mengambil keputusan tinggal berasingan.

Dengan perkembang­an terbaru ini, Spy Bola harap rumah tangga S dan F berkekalan hingga ke akhir hayat. Bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, buang yang keruh ambil yang jernih.

Spy Bola: Kini, berkasih hanya seorang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia