Harian Metro

10 ANIMASI malar segar

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Boleh dianggap karakter kartun paling digemari sepanjang zaman

Kartun bukan saja digemari kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Dengan kemunculan deretan kartun moden, terdapat beberapa watak lama yang masih menjadi kegilaan ramai.

Kebanyakan­nya adalah kartun klasik yang masih diketengah­kan di kaca televisyen dengan watak lebih segar.

Berikut antara 10 watak kartun terkenal Hollywood klasik dan moden kegemaraan ramai.

1. BUGS BUNNY

Arnab ini antara karakter popular animasi Looney Tunes dan sangat dikenali dengan ayat ‘Eh... what’s up, Doc?’ dalam setiap episod kemunculan­nya.

Selain itu, gelagat lucunya serta sikap gemar menyakat karakter lain seperti Elmer Fudd, Marvin the Martian, Daffy Duck dan Willoughby the Dog membuat penonton ketawa.

Dicipta produksi Leon Schlesinge­r pada 1940, arnab nakal itu menjadi personalit­i kesembilan di dunia yang paling banyak dipaparkan dalam filem.

Malah, Bugs Bunny juga mempunyai bintang sendiri yang diabadikan di laluan Hollywood Walk of Fame.

2. HOMER SIMPSON

Keluarga Simpsons menghiburk­an penonton di seluruh dunia sejak diperkenal­kan di televisyen dalam program The Tracey Ullman Show pada 1987.

Seperti Bugs Bunny, Homer yang dicipta berdasarka­n karakter bapa pencipta The Simpsons, Matt Groening juga mempunyai kata-kata kegemaraan­ya iaitu ‘D’oh!’.

Homer diangkat antara karakter paling berpengaru­h dalam sejarah televisyen dan dianggap sebagai ikon budaya Amerika Syarikat (AS).

Karakterny­a dikatakan mencermink­an sikap kebanyakan rakyat AS iaitu botak, mudah marah, obes, melanggar undangunda­ng, pemalas, kuat minum dan pendek akal.

3. MICKEY MOUSE

Siapa tidak mengenali tikus comel ini yang membuat kemunculan pertamanya dalam Steamboat Willie pada 1928.

Sejak itu, maskot syarikat Walt Disney ini banyak kali muncul dalam filem, siri animasi malah turut menerima 10 pencalonan untuk kategori Filem Pendek Terbaik, Anugerah Akademi.

Kisah Mickey juga dipaparkan dalam bentuk komik bersama kekasih Minnie Mouse, anjing kesayangan Pluto serta rakan Donald Duck dan Goofy.

4. CHARLIE BROWN

Watak utama komik Peanuts ini antara yang sangat dikenali dalam kalangan masyarakat Amerika Syarikat.

Peanuts menjadi komik pendek paling lama diterbitka­n dalam akhbar di beberapa negara.

Charlie sering kali dipaparkan sebagai budak yang kurang keyakinan diri, kerap gementar namun pada masa sama berusaha mencapai sesuatu.

Kanak-kanak ini mempunyai anjing baka Beagle bernama Snoopy yang juga karakter kesayangan ramai.

5. POPEYE

Pembaca yang membesar pada zaman 1980-an pasti pernah menonton Popeye the Sailorman yang memperoleh kekuatan luar biasa selepas makan sayur bayam.

Kelasi bijak ini diperkenal­kan pada Januari

1929 dalam komik Thimble Theatre oleh penciptany­a, E.C Segar.

Menarik mengenai kekasih Olive Oyl ini, dia mampu menyelesai­kan misteri selain paip rokoknya mempunyai pelbagai fungsi bergantung pada situasi.

6. SPONGEBOB SQUAREPANT­S

Walaupun rupanya seperti span untuk mencuci pinggan mangkuk, SpongeBob sebenarnya haiwan span laut yang dicipta oleh pakar biologi marin, Stephen Hillenburg untuk Nickelodeo­n.

SpongeBob SquarePant­s

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia