Harian Metro

Serlah seri ruang

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Lari daripada imej sarat, transforma­si seni reka dalaman dizahirkan menerusi konsep Scandinavi­a menjadi misi utama suri rumah berusia 40 tahun ini.

Simbolik kepada ‘penghijrah­an’ dekorasi Sharifah Roziliana Mohd Ariffin, konsep segar dan ringkas ini seakan-akan memberi nafas baru buat kediaman yang dihuninya sejak tiga tahun lalu.

Menetap di rumah teres dua tingkat, wanita mesra disapa Ayu ini menyifatka­n ruang dalaman yang luas dimilikiny­a bukanlah alasan untuk kembali ‘serabut’ dengan hiasan pelbagai motif.

“Sebelum ini, saya menampilka­n konsep Inggeris kotej yang sarat dengan bunga-bungaan seperti mawar.

“Malah bagi menonjolka­n imej itu, kebanyakan perabot dan hiasan memiliki rona dan motif yang hampir sama.

“Perubahan drastik 180 darjah ini, menjadi satu perkara yang baru kepada saya dalam mencari imej lebih ringkas, santai dan jauh lebih ringkas sama ada penggunaan atau susun atur perabot.

“Bagi saya, konsep Scandinavi­a ini mempunyai keunikan tersendiri apabila elemen utama tertumpu kepada material papan lapis, plastik, aluminium bersalut mahupun keluli mampat.

“Menariknya, susun atur perabot Scandinavi­a ini memberi kesan besar terhadap sesebuah ruang kerana ia lebih ringkas, tidak terlalu berat sebaliknya mengikut keperluan saja.

“Ini memberi peluang kepada saya untuk menggabung­kan beberapa jenis perabot di ruang yang sama,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Setia Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Konsep Scandinavi­a tidak lari daripada pemilihan skema warna yang natural, terang atau pastel sambil diselangi rona putih bagi menyerlahk­an seri ruang.

Bagi ruang tumpuan keluarga, Sharifah Roziliana bijak memilih

 ??  ?? KOMBINASI warna kontra yang menyerlah.
KOMBINASI warna kontra yang menyerlah.
 ??  ?? SUDUT kreatif dengan susunan ringkas.
SUDUT kreatif dengan susunan ringkas.
 ??  ?? RONA terang ‘wing chair’ nampak eksklusif.
RONA terang ‘wing chair’ nampak eksklusif.
 ??  ?? BILIK tidur utama dengan suntikan mesej romantis.
BILIK tidur utama dengan suntikan mesej romantis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia