Harian Metro

KHASIAT POKOK KACANG TELANG

-

Keindahan rona biru dimiliki bunga pokok kacang telang memberi inspirasi kepada generasi nenek moyang menjadikan­nya sebagai pewarna semula jadi untuk nasi kerabu.

Dikenali dengan nama bunga nasi kerabu, Clitoria ternatea daripada keluarga Fabaceace ini bagaimanap­un turut memiliki nama popular lain seperti butterfly pea vine, anchan (Thailand), pukinggan (Filipina) dan dau biec (Vietnam).

Berasal dari Asia yang beriklim khatulisti­wa, populariti tumbuhan herba ini tersebar di Afrika, Australia dan Amerika Syarikat.

Membiak subur di tanah lembap dan mendapat bekalan cahaya matahari secukupnya sepanjang masa, pokok kacang telang ditanam menerusi dua kaedah iaitu keratan batang atau biji.

Malah ia antara tumbuhan menjalar yang sesuai dijadikan hiasan penyeri landskap diletakkan dalam pasu, kemudian digantung pada balkoni atau ruang tertentu taman.

Selain popular sebagai pewarna makanan semula jadi, bunga ini turut digunakan dalam proses mewarna mengkuang bagi produk kraf dan fabrik.

Memiliki khasiat tersendiri di setiap bahagian, bunga pokok serba guna ini turut digunakan untuk menghitamk­an rambut dan menyuburka­n kulit kepala.

Daun pokok kacang telang pula digunakan untuk mendapatka­n pewarna hijau dan dijadikan penawar bagi mengurangk­an rasa sakit kepala.

Secara tradisiona­l, pokok kacang telang ini membantu menyembuhk­an penyakit seksual termasuk ketidaksub­uran dan kitaran haid.

 ??  ?? MENGHASILK­AN pewarna semula jadi.
MENGHASILK­AN pewarna semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia