Harian Metro

Rumah pokok unik

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Dalam teknologi moden khususnya menerusi seni bina bangunan pencakar langit dan berkonsep industri, masih ada kelompok yang memperjuan­gkan identiti fasiliti berasaskan semula jadi.

Terjemahan ini terungkap dengan wujudnya pelbagai bangunan mesra alam.

Malah lebih agresif apabila berupaya mengembali­kan nostalgia kanak-kanak melalui seni bina berasaskan rumah pokok.

Di bawah, tersenarai lima rumah pokok popular dunia dengan keunikan seni bina dan fungsi tersendiri.

1. Plane Treehouse

(Costa Rica)

Pengakhira­n pesawat 1965 Boeing 727 menjadi satu permulaan baru apabila ia dijadikan ‘ramuan’ utama pembinaan hotel suite eksklusif dunia, Hotel Costa Verde.

Terletak pada ketinggian 15.2 meter di atas pokok, jet penumpang ini menyediaka­n dua bilik tidur berhawa dingin yang mewah sambil dihidangka­n dengan kebiruan Lautan Pasifik dan kehijauan hutan Taman Negara Manuel Antonio di sekeliling­nya.

Hotel eksotik ini juga turut disempurna­kan dengan panel dalaman menggunaka­n kayu jati Costa Rica bersama susunan perabot ukiran tangan.

2. Yellow Treehouse Restaurant (Auckland, New Zealand)

Restoran berkonsepk­an rumah pokok ini menjanjika­n pengalaman unik menikmati hidangan makan malam selain membawa pengunjung ke alam fantasi.

Memberi ilusi seperti dibaluti pada pokok, restoran yang memuatkan 18 pelanggan pada satu masa ini turut memperkena­lkan konsep terbuka apabila dindingnya disusun jarang, sekali gus mempermuda­hkan aliran udara keluar masuk.

Berinspira­sikan alam semula jadi, reka bentuk Yellow Treehouse Restaurant ini dikatakan menyerupai kepompong rama-rama atau bawang. Pada waktu malam, ia kelihatan seperti tanglung yang bersinar.

3. Minister’s Treehouse (Crossville, Tennessee, Amerika Syarikat)

Dikatakan rumah pokok terbesar dunia, Minister’s Treehouse ini dimiliki menteri tempatan, Horace Burgess dan dibina sejak 1993.

Memiliki ketinggian

27.4 meter, rumah pokok yang kini ditutup kepada kunjungan umum ini mempunyai lima tingkat dan dilengkapi kira-kira 80 bilik.

4.Mirrorcube Tree

House (Sweden)

Memiliki dimensi 4 X 4 X 4, Mirrorcube diibaratka­n tempat persembuny­ian terbaik apabila dindingnya diperbuat daripada cermin reflektif yang memantulka­n keadaan sekeliling, sekali gus mengeliruk­an pandangan.

Dibina berasaskan bingkai aluminium di sekeliling, batang pokok, bahagian dalamannya diperbuat daripada kayu lapis ‘birch’ dan dilengkapi enam tingkap bagi menyaksika­n panorama indah.

5.Three Story Treehouse (British Columbia, Kanada)

The Enchanted Forest adalah projek persaraan dimulakan Ernest dan Doris Needham sekitar 1950-an membabitka­n keluasan 16.1 hektar tanah.

Dibuka kepada umum pada 1960, hutan ini menjadi lokasi magis yang menempatka­n lebih 300 patung cerita rakyat.

Paling popular, pastinya Three Story Treehouse yang dikatakan rumah pokok tertinggi di British Columbia dengan ketinggian 14.3 meter dan mempunyai tiga tingkat diperbuat daripada kayu.

 ?? FOTO ?? PLANE Treehouse dibina menggunaka­n pesawat 1965 Boeing 727.
FOTO PLANE Treehouse dibina menggunaka­n pesawat 1965 Boeing 727.
 ??  ?? YELLOW Treehouse Restaurant simbolik kepada kepompong rama-rama.
YELLOW Treehouse Restaurant simbolik kepada kepompong rama-rama.
 ??  ?? MINISTER’S Treehouse miliki ketinggian 90 kaki daripada permukaan tanah.
MINISTER’S Treehouse miliki ketinggian 90 kaki daripada permukaan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia