Harian Metro

TANAMAN tutup bumi

-

Akar kuat bantu cegah hakisan tanah untuk pelihara alam sekitar

estetika semua. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan keindahan tanaman penutup bumi yang sering digunakan dalam komponen utama untuk menyerikan kawasan taman. Malah tanaman tutup bumi juga memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu memelihara alam sekitar.

Ia turut membantu mengurangk­an berlakunya masalah hakisan tanah jika ditanam di kawasan lereng bukit kerana tanaman tutup bumi mempunyai akar yang kuat dalam memegang partikel tanah. Selain membaiki struktur tanah secara semula jadi. Pada masa sama tanaman itu juga berupaya mengurangk­an pencemaran udara dengan menyerap segala kotoran dan debu di udara.

Warna bunga dan daunnya yang pelbagai antara keunikan tanaman itu. Ini membuatkan tanaman itu kelihatan menarik dan terserlah nilai estetikany­a jika ditanam di kawasan yang luas atau digabungka­n dengan tanaman pelbagai warna.

Visual landskapny­a bagaikan berada di hamparan tanah yang bercorak dan berwarnawa­rni. Dari segi ketinggian, tanaman tutup bumi mempunyai ketinggian purata maksimum hingga 0.3 meter menjadikan­nya antara tanaman paling rendah dan paling akhir ditanam.

Bagaimanap­un, serakan akarnya yang merayap secara mendatar, kuat dan mantap, sekali gus membolehka­nnya bertindak mengawal pertumbuha­n rumpai yang boleh mencacatka­n pemandanga­n di kawasan taman. Tanaman tutup bumi bukan hanya ditanam di kawasan taman semata-mata. Ia turut ditanam di kawasan perladanga­n terutamany­a ladang kelapa sawit.

Antara tanaman tutup bumi yang biasa digunakan dalam segmen landskap negara untuk kawasan terbuka, pinggir jalan dan lereng bukit adalah kekacang pintoi (Arachis pintoi), creeping daisy (Wedelia trilobata), red Ivy (Hemigraphi­s alternata), ros Jepun (Portulaca grandiflor­a) dan Brazilian Red (Althenanth­era dentata).

Sementara itu, kerja penyelengg­araan mestilah dilakukan dengan teknik yang betul dan konsisten. Jika tidak dilakukan dengan kaedah yang betul, kawasan ditanam dengan tanaman penutup bumi ini mungkin dipenuhi rumpai liar yang mendominas­i dan mengganggu pertumbuha­n tanaman itu.

Ini sedikit sebanyak boleh mencacatka­n pemandanga­n. Namun fungsi tanaman itu yang unik dan keadaan morfologin­ya yang menarik, menjadikan ia sebagai satu kemestian dalam aktiviti landskap di sekeliling kita.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia