Harian Metro

BAJU SUKAN selesa

- Siti Nadirah Hafidzin siti_ nadirah@hmetro.com.my

Si pemakai tetap bergaya ketika bersukan

Lambakan baju sukan wanita di pasaran kebanyakan­nya mempunyai rekaan hampir sama, tidak versatil dan ada yang kurang selesa disebabkan saiznya terlalu ketat.

Masalah itu menyebabka­n golongan terbabit terpaksa menyarung pakaian yang agak tidak sesuai dengan aktiviti lasak dan menimbulka­n rasa kurang selesa ketika bersukan atau bersenam.

Memilih konsep ‘powerful vision’ jenama EliaZain tampil dengan koleksi pakaian sukan terbaru khususnya untuk wanita yang gemar bersukan namun masih mahu tampil sopan dengan gaya terkini.

Pengasasny­a, Elia Md Zain berkata, koleksinya sesuai untuk wanita berusia antara 16 hingga 50 tahun yang gemar bersukan dan beriadah namun mahu tampil dengan gaya sopan serta tidak terlalu ketat.

“Menerusi perincian ‘piping’ yang menggunaka­n 100 peratus kulit kambing, ia memberi satu kelainan berbanding koleksi pakaian sukan sedia ada di pasaran. dengan kualiti terbaik.

“Setiap rekaan kami juga dijahit dengan teliti bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah berkaitan kualiti bagi setiap helaian koleksi,” katanya.

Tambah Elia, semua koleksi pakaian sukan ini mempunyai pilihan saiz bermula S hingga XL.

“Kami menjanjika­n satu kelainan dalam pakaian sukan ini dan ia antara koleksi yang dapat memberi satu kepuasan luar biasa kepada pemakai.

“Sambutan diterima juga sangat memberangs­angkan untuk permulaan 2018 ini dan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan rekaan, perincian serta keselesaan koleksi ini,” katanya.

 ??  ?? DIREKA dengan penuh teliti.
DIREKA dengan penuh teliti.
 ??  ?? PAKAIAN sukan lain daripada yang lain.
PAKAIAN sukan lain daripada yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia