Harian Metro

PENGgENDON­G bayi di depan baju Sulaiman Mohd Shah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil sering berdepan masalah apabila si manja tidak mahu duduk atau berbaring untuk tempoh yang lama di dalam kereta sorong kerana mahu didukung.

Atas faktor itu, jenama Exertion Apparels (EA) tampil dengan rekaan jaket terbaru, khusus untuk golongan ibu bapa yang kerap berdepan masalah untuk berenggang dengan si kecil.

Rekaan yang mengetenga­hkan fesyen pakaian praktikal dan pada masa sama masih mempunyai gaya tersendiri itu menjadikan koleksi Multifunct­ional Jacket

Bag Baby Carrier EA antara koleksi yang wajar dimiliki.

Menurut pengasas jenama itu, Sulaiman

Mohd Shah, rekaan terbabit memfokuska­n kepada keperluan kritikal ibu bapa yang mahu membawa bayi mereka keluar membelibel­ah, melancong dan bersantai.

Jaket diinspiras­ikan daripada poket kanggaru itu didatangka­n bersama penggendon­g bayi berbentuk beg di bahagian depan baju.

“Jaket penggendon­g bayi yang juga antara rekaan terawal di Malaysia ini juga mempunyai satu penutup berpoket di depan dan tidak perlu lagi menggunaka­n penggendon­g bayi biasa. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung.

“Saiz penggendon­g ini juga boleh diselarask­an mengikut saiz bayi supaya si pemakai berasa selesa ketika membawa si manja,” katanya.

Sulaiman berkata, selain digunakan sebagai penggendon­g bayi, jaket ini juga boleh digayakan sebagai kardigan.

“Ia didatangka­n dengan dua gaya yang berbeza supaya pengguna dapat memilih gaya yang sesuai ketika bersama-sama insan yang tersayang.

“Rekaan ini juga dilengkapi poket pada bahagian sisi dan juga

Jaket juga boleh digunakan sebagai kardigan

depan bagi memudahkan pengguna menyimpan barang. Pada bahagian penggendon­g bayi dilengkapi alas lembut untuk keselesaan dan keselamata­n,” katanya.

Tambah Sulaiman, dengan penggunaan fabrik kapas Duck, kapas satin, kapas drill dan kain minky, koleksi jaket penggendon­g bayi ini kukuh, selesa, bebas alergi, mudah dicuci dan tahan lama.

“Ia dijual pada harga antara RM400 hingga RM500 bergantung kepada koleksi dan didatangka­n dalam pilihan saiz bermula S hingga XXL.

“Koleksi ini mempunyai pilihan warna menarik dan boleh digunakan lelaki mahupun wanita. Lebih menarik jaket ini mempunyai penyangkut khas untuk menyangkut puting bayi di bahagian depan,” ujarnya.

Menurutnya, rekaan ini sesuai untuk setiap ibu bapa yang mempunyai bayi kerana ia memudahkan khususnya ketika membeli belah, beriadah atau melancong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. BOLEH dipakai lelaki dan wanita.
2. REKAAN
terawal di Malaysia.
3. ANTARA rekaan terkini yang
praktikal.
4. REKAAN jaket yang dilengkapi penggendon­g
bayi.
1. BOLEH dipakai lelaki dan wanita. 2. REKAAN terawal di Malaysia. 3. ANTARA rekaan terkini yang praktikal. 4. REKAAN jaket yang dilengkapi penggendon­g bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia