Harian Metro

JAM TANGAN MESRA PENYELAM

-

Rekaan khas dengan ciri keselamata­n juga sesuai dipakai untuk semua acara

yang paling ekstrem!

Dalam dunia selam skuba, ketepatan, bacaan, rintangan terhadap air dan ketahanan jam tangan menjadi antara aspek terpenting buat penyelam supaya sentiasa dalam keadaan selamat.

Koleksi baru ini ternyata memenuhi semua kriteria berkenaan. Ia menawarkan langkah keselamata­n tambahan kepada penyelam dan pada masa sama masih boleh dipakai untuk pelbagai acara lain kerana rupanya yang ‘sporty’. Jadi, tidak hairanlah apabila jam tangan ini diiktiraf sebagai yang terbaik untuk menyelam.

Pengurus Thong Sia Sdn Bhd, Michael Lim berkata, sebagai pengedar tunggal Seiko di Malaysia dan Brunei, pelancaran siri baru itu mencipta satu lagi kejayaan buat model Prospex.

“Dengan kerjasama cukup bermakna ini, kami berharap dapat memperkena­lkan lebih banyak koleksi inovatif buat peminat jam tangan pada masa akan datang.

“Sejak jam tangan penyelam Jepun yang pertama dicipta Seiko pada 1965 mencipta sejarah, jenama ini sudah menetapkan piawaian asas kepada dunia dalam evolusi tanpa henti dan dipuji secara meluas sebagai jenama yang sentiasa berada di depan dalam inovasi serta teknologi industri pembikinan jam,” katanya.

Menampilka­n ciri ikonik PADI dengan penghasila­n warna merah dan biru pada permukaan dan bezel, model SPB071J1 yang direka berasaskan standard ISO ini mempunyai keterbacaa­n maksimum walaupun di laut paling dalam yang tidak dapat ditembusi sinar matahari.

“Model ini ketika diuji dapat berfungsi dengan tepat walaupun pada kedalaman 200 meter. Dengan jarum jam yang besar, ia boleh mencapai permukaan dan kedalaman maksimum bagi saduran Seiko Lumibrite

(cat bercahaya terbaru). Ia juga bebas daripada bahan radioaktif dengan keamatan cahaya yang lebih kuat dan mempunyai tempoh keluaran yang lebih lama.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jabatan Jualan

Seiko Watch Corporatio­n, Yukiaki Suganuma berkata, selama lebih 50 tahun jam tangan Seiko Prospex sudah melalui proses inovasi yang luar biasa dan pada masa sama mengekalka­n ciri pembaharua­n terbaik dari Jepun.

“Kami cukup teruja untuk memperkena­lkan lebih banyak model Seiko Prospex di Malaysia. Kami juga amat berbesar hati apabila menerima sambutan positif daripada peminat jam tangan yang menyukai aktiviti luar,” katanya.

Juara acara menyelam Sukan Komanwel dan pemegang pingat emas pada Sukan Asia Tenggara baru-baru ini, Ooi Tze Liang turut hadir pada pratonton eksklusif berkenaan.

Selain Seiko Prospex SPB071J1, jenama itu turut mempamerka­n tiga lagi jam tangan penyelam dan tiga model edisi terhad di bawah Seiko Prospex The Black Series.

 ??  ?? SEKITAR pratonton eksklusif jam tangan Seiko Prospex SPB071J1 yang ditunggu-tunggu.
SEKITAR pratonton eksklusif jam tangan Seiko Prospex SPB071J1 yang ditunggu-tunggu.
 ??  ?? OOI Tze Liang menggayaka­n Seiko Prospex SPB071J1.
OOI Tze Liang menggayaka­n Seiko Prospex SPB071J1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia