Harian Metro

TUDUNG MAMPU DIBELI

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bukan hanya busana, malah pemilihan selendang mahupun tudung antara faktor penting dalam menyerlahk­an imej keseluruha­n yang tentunya manis dipandang.

Tudung dan selendang biasanya dipilih atas beberapa faktor antaranya sesuai dengan busana dipakai, selesa digayakan, menjimatka­n masa dan tidak terlalu mahal.

Meskipun rekaan tudung dan selendang di pasaran bagaikan cendawan tumbuh, rekaan hijab yang tampak eksklusif dan mewah dengan harga berpatutan agak sukar dicari kerana rata-ratanya kini dijual dengan harga tinggi.

Oleh itu, pengeluar tudung berkenaan menawarkan koleksi bawal dan selendang satin pusam yang dijual dengan harga mampu milik.

Menurut pengasas tudung Zf Byzuriafat­mi, Zuria Fatmi Mohamed, semua jenis tudung bawal dan selendang polos dijual pada harga RM30 sehelai sementara bagi yang bercorak pula ditawarkan pada harga RM65.

“Kami melakukan sendiri semua proses penghasila­n tudung bermula daripada pemilihan material, menjahit hingga pembungkus­an.

“Saya juga melakukan proses pemilihan material tudung dengan teliti bagi memastikan ia benarbenar berkualiti selain cuba memakainya terlebih dulu sebelum dijual kepada pelanggan.

“Keistimewa­an kami dari aspek harga kerana dengan RM30 pelanggan boleh mendapatka­n tudung bawal satin yang berkualiti tinggi.

“Mungkin ada di pasaran tudung atau selendang yang dijual dengan harga lebih rendah namun kualitinya tidak sama,” katanya.

Zuria Fatmi berkata, bagi tudung atau selendang bercorak, koleksi itu adalah terhad kerana pihaknya hanya mengeluark­an 200 hingga 300 helai bagi setiap warna dan corak.

“Kami memfokuska­n pelanggan dalam kalangan pelajar dan golongan sederhana. Syukur selepas melancarka­n tujuh koleksi berbeza, sambutan diterima sangat menggalakk­an yang ratarata pelanggan berpuas hati dengan kualiti dan harga ditawarkan.

“Bagi aspek saiz, tudung bawal kami didatangka­n dalam saiz bidang 45 inci kerana ia lebih memudahkan si pemakai untuk bergaya. Koleksi kami juga tidak jarang dan mudah dibentuk,” katanya.

Tambahnya, dengan pelbagai pilihan warna menarik, koleksi terbaru ini ternyata mampu menjadi selendang dan tudung kegemaran setiap Muslimah yang ingin tampil bergaya.

 ??  ?? CANTIK dan manis dipandang.
CANTIK dan manis dipandang.
 ??  ?? ANTARA koleksi yang menarik.
ANTARA koleksi yang menarik.
 ??  ?? MENGHASILK­AN imej manis dan sopan.
MENGHASILK­AN imej manis dan sopan.
 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI tudung dan selendang dijual dengan harga mampu milik.
KOLEKSI tudung dan selendang dijual dengan harga mampu milik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia