Harian Metro

KURTA MODEN BUAT SI DIA

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Rekaan ringkas jadikan si pemakai tampak hebat

Aliran fesyen kini tidak hanya memberi tumpuan kepada wanita, sebaliknya banyak rekaan ringkas dan menarik turut diketengah­kan bagi memberi impak hebat untuk gaya harian lelaki.

Berusaha memberi gaya moden dalam busana kurta buat jejaka yang mahukan penampilan ringkas namun tetap segak membuatkan jenama tempatan D’Maarif hadir dengan variasi koleksi kurta.

Direka mengikut perkembang­an fesyen semasa apabila kebanyakan jejaka lebih gemar memilih busana yang mempunyai potongan fit moden menjadikan koleksi ini sesuai buat lelaki yang mementingk­an gaya.

Menurut pengasasny­a, Muhammad Arif Ali, setiap kurtanya dihasilkan menggunaka­n fabrik berkualiti tinggi, tidak terlalu nipis atau mudah berkedut, dijahit kemas selain rekaannya yang terletak pada badan.

Menurutnya, koleksi yang ditampilka­n kali ini adalah Kurta Noah, Adha, Sulthan dan Kaleefa yang mesra wuduk dan disertakan poket.

“Koleksi ini didatangka­n dalam sembilan pilihan warna menarik dan sesuai digayakan untuk majlis formal, ke pejabat dan juga kasual.

“Ramai pelanggan kami yang menggayaka­nnya untuk menghadiri majlis jemputan keramaian, menunaikan ibadat di surau atau masjid juga untuk keluar bersantai,” katanya.

Tambahnya, koleksi ini sesuai digayakan lelaki seawal usia remaja hingga warga emas kerana rekaannya yang kemas dan selesa.

“Koleksi kurta ini dijual dengan harga berpatutan bermula RM89 hingga RM179 bergantung kepada jenis.

“Bagi memperluas­kan pilihan, kami menyediaka­n saiz daripada S hinggalah XXL. Rekaannya yang ringkas namun kelihatan trendy menjadi daya penarik koleksi kurta ini,” ujarnya.

 ??  ?? MEMPUNYAI pilihan warna menarik.
MEMPUNYAI pilihan warna menarik.
 ??  ?? RINGKAS tetapi selesa dipakai.
RINGKAS tetapi selesa dipakai.
 ??  ?? KOLEKSI kurta lelaki.
KOLEKSI kurta lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia