Harian Metro

Beratur satu kilometer bayar kompaun

-

Kota Kinabalu: Lebih 10,000 hadir pada Hari Pengampuna­n Kompaun Letak Kereta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam dan mereka beratur sepanjang kira-kira satu kilometer.

Mereka berbaris di sekitar bangunan DBKK hingga ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bermula seawal jam 6 pagi.

Ahmad Yaini, 37, dari Sepanggar yang datang jam 7 pagi berkata, dia menyangka dapat menyelesai­kan bayaran kompaun apabila kaunter pembayaran dibuka jam 8 pagi.

“Bagaimanap­un, saya hanya dapat membayar kompaun selepas berbaris kira-kira dua jam,” katanya yang memiliki 88 kompaun terkumpul sejak 2015.

Ahmad yang bekerja sebagai pembantu dapur berkata, dia kerap dikompaun kerana meletak kereta dalam tempoh singkat di kawasan bandar.

Katanya, sebelum diberikan diskaun, kompaunnya berjumlah RM3,140 dan dia tidak mampu untuk membayarny­a secara sekali gus.

Program pengampuna­n itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke18 DBKK.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, pihaknya tidak menyangka begitu ramai yang hadir.

“Setiap kompaun diberi potongan RM10. Bagaimanap­un, mereka boleh membuat pembayaran sepanjang minggu ini selepas mendapat pengesahan pengampuna­n hari ini menerusi 30 kaunter disediakan.

“Bagaimanap­un, pada masa depan, saya nasihatkan orang ramai untuk menyelesai­kan kompaun kerana DBKK akan mula mengambil tindakan undang-undang dan tiada jaminan untuk melaksanak­an semula program pengampuna­n,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

 ??  ?? Yeo (kanan) turut membantu kakitangan DBKK melakukan pengesahan kadar kompaun.
Yeo (kanan) turut membantu kakitangan DBKK melakukan pengesahan kadar kompaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia