Harian Metro

PERBUATAN KHIANAT

- Kandau Sidi kandau@hmetro.com.my

Dua pacuan empat roda syarikat juru ukur dibakar

Perbuatan khianat antara elemen disiasat polis berhubung kes kebakaran membabitka­n pacuan empat roda (4WD) milik sebuah syarikat juru ukur di Ladang Sawit Kejapil di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Ming Seah berkata, pihaknya mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan dengan mengambil kira semua aspek berkaitan.

“Kita smengenalp­asti dalang kejadian berkenaan.

“Bagaimanap­un, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada kejadian jam 4 petang, dua pacuan empat roda Toyota Hilux dibakar ketika enam pekerja syarikat juru ukur swasta menjalanka­n kerja mengukur perimeter sebuah ladang sawit.

Lim berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Jarak ladang sawit dari jalan utama ialah tiga kilometer dan tiada penduduk tinggal di sekitar ladang itu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pakar forensik kebakaran Balai Bomba dan Penyelamat Miri dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Sampel hidrokarbo­n diambil di tempat kejadian untuk analisis kimia bagi mengenal pasti bahan bakar digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunaka­n api.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dibakar di Ladang Sawit Kejapil, Miri.
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dibakar di Ladang Sawit Kejapil, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia