Harian Metro

Lelaki Filipina gagal bawa lari gadis

-

Penampang: Cubaan seorang lelaki warga Filipina membawa lari teman wanitanya yang juga warga tempatan ke negara asalnya gagal apabila ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Suspek berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu restoran ditahan anggota PPM Sandakan di Pasar Besar Sandakan ketika hendak menaiki bot ke Filipina, jam 11.30 pagi.

Gadis berusia 15 tahun yang tinggal di Beverly Hills, Penampang kini berada di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersama ibu saudaranya keluar rumah tanpa disedari sesiapa. “Kejadian ini hanya disedari jam 5.30 pagi oleh ibu saudaranya lalu memaklumka­nnya kepada ibu mangsa.

Ibu dan ahli keluarga mangsa kemudian menghubung­i telefon bimbit remaja itu namun tidak berjawab,” katanya.

Mohd Haris berkata, jam 11.30 pagi kelmarin, ibu mangsa menghubung­i telefon bimbit anaknya yang kini ditahan bersama teman lelakinya di Pasar Besar Sandakan.

“Mangsa bersama teman lelakinya ditahan anggota PPM Sandakan selepas dilihat mencurigak­an ketika menjalanka­n pemeriksaa­n rutin di kawasan pasar itu.

“Mangsa meminta ibunya menjemputn­ya dan pegawai PPM memberitah­u, dia ditahan selepas seorang lelaki dipercayai kekasihnya cuba membawanya keluar dari negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke hospital.

“Polis menahan teman lelaki mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang dari jagaan yang sah,” katanya.

 ?? Mohd Haris Ibrahim ?? Mangsa bersama teman lelaki ditahan anggota PPM Sandakan selepas dilihat mencurigak­an ketika menjalanka­n pemeriksaa­n rutin di pasar itu”
Mohd Haris Ibrahim Mangsa bersama teman lelaki ditahan anggota PPM Sandakan selepas dilihat mencurigak­an ketika menjalanka­n pemeriksaa­n rutin di pasar itu”
 ??  ?? MANGSA yang cuba dilarikan.
MANGSA yang cuba dilarikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia