Harian Metro

JUAL KAD ‘KEBAL’

-

Pengurus Panca Marga mengaku salah atas 9 pertuduhan tipu 8 warga Indonesia

24 bulan dan denda RM8,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan menolong menguruska­n PPM di negara ini.

Kedua-duanya turut diperintah menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Tass Andrassy, Batu 13, Ranggu, Tawau, jam 4 petang, 20 Januari lalu.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, sembilan warga Indonesia lain dipenjara antara 10 dan 18 bulan, serta didenda RM5,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan menjadi ahli PPM dan turut diperintah­kan dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Nur Intan Jamrin dan Asisten Superinten­dan Dayang Nur Azarinawat­y Ag Kachee.

Berdasarka­n fakta kes, mereka antara 15 individu ditahan pada serbuan di Kampung Tass Andrassy pada jam 4 petang, 20 Januari lalu.

 ??  ?? ACO (tengah) mengaku salah atas sembilan pertuduhan menipu lapan warga Indonesia dengan menawarkan kad keahllan PPM sehingga semua mangsa kerugian RM7,525.
ACO (tengah) mengaku salah atas sembilan pertuduhan menipu lapan warga Indonesia dengan menawarkan kad keahllan PPM sehingga semua mangsa kerugian RM7,525.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia