Harian Metro

Pengawal keselamata­n maut bot dinaiki karam

- Nasrawati syariffudd­in am@hmetro.com.my

Pengawal keselamata­n di Taman Negara Bako lemas selepas bot dinaikinya karam ketika dalam perjalanan balik ke Terminal Kampung Bako, petang semalam.

Mangsa, Shadan Jemi, 56, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatka­n rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.01 petang.

Berikutan itu, dua anggota dengan kenderaan

Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Ketika anggota EMRS tiba di lokasi pada jam 5.32 petang, didapati dua mangsa bot karam itu sudah diselamatk­an penduduk kampung dan dibawa ke Terminal Kampung Bako.

“Seorang mangsa,

Bidin Nerawi, 58, ditemui selamat dalam keadaan sedar manakala rakannya iaitu Shadan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, anggota EMRS berusaha menyelamat­kan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan namun gagal.

“Mangsa diserahkan kepada kakitangan ambulans untuk dikejarkan ke HUS, namun dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kekurangan oksigen selepas tertelan terlalu banyak air laut,” katanya.

Difahamkan, mangsa bersama rakannya menaiki bot untuk pulang dari tempat kerja di Taman Negara Bako yang hampir satu jam perjalanan dari Terminal Kampung Bako.

“Bot yang dinaiki mangsa karam selepas dipukul ombak besar ketika hujan lebat jam 3.30 petang,” katanya.

Seorang pengurus Pertubuhan Pemuda Panca Marga (PPM) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Tawau semalam, selepas mengaku salah atas sembilan pertuduhan menipu lapan warga Indonesia dengan menawarkan kad keahllian PPM sehingga semua mangsa kerugian RM7,525.

Tertuduh, Aco Lolong, 52, warga Indonesia dijatuhi hukuman itu pada dua prosiding berasingan di Mahkamah Majistret.

Berdasarka­n pertuduhan, Aco didakwa memperdaya­kan lapan warga Indonesia itu dengan menyatakan kad keahlian PPM boleh menjamin pemegangny­a daripada dikenakan tindakan undang-undang di Malaysia.

Ia mendorong mangsa menyerahka­n wang sedangkan kad itu tidak sah digunakan di negara ini. Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di sekitar daerah ini antara Mac 2016 dan Januari lalu.

Bagi setiap pertuduhan, Aco didakwa mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara antara 12 dan 16 bulan bagi setiap kesalahan namun hukuman berjalan berasingan.

Dalam pada itu, Aco bersama seorang lagi warga Indonesia, Baharum Makawali, 50, masing-masing dipenjara

>>Mahkamah menjatuhi hukuman penjara antara 12 dan 16 bulan bagi setiap kesalahan namun hukuman berjalan berasingan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia