Harian Metro

DENDANG BELENGGU RINDU

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

> "Nasibku dirundung malang, sederas gelombang, menghempas di pantai." Lirik menyentuh jiwa lagu Gelombang nyanyian Salamiah Hassan menjadi dendangan sesalan seorang rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Nor di sebalik tirai besi Pusat Koreksiona­l Tahanan Wanita, Chatuchak, Bangkok. Dia yang dipenjara 72 tahun kerana membawa syabu, lima tahun lalu, kini merintih rindu untuk bertemu 2 anak lelakinya, lapor Suraya Roslan

“Nasibku dirundung malang, sederas gelombang, menghempas di pantai.” Demikian lirik menyentuh jiwa lagu Gelombang nyanyian Salamiah Hassan yang dinyanyika­n semula seorang rakyat Malaysia di sebalik tirai besi di Pusat Koreksiona­l Tahanan Wanita di Chatuchak di sini.

Suara lunak wanita berusia 52 tahun itu hampir menitiskan air mata wartawan yang mengunjung­inya di pusat tahanan berkenaan menerusi Program Jejak Tirai Besi Islamic Aid Malaysia (IAM) di tiga penjara di Bangkok, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, wartawan dilarang merakam dan mengambil gambar wanita itu berikutan peraturan terbaru ditetapkan kerajaan Thailand selepas pemerintah­an diambil alih tentera.

Lirik lagu Gelombang itu seperti menggambar­kan kehidupan wanita yang mahu dikenali sebagai Nor itu selepas dipenjara 72 tahun atas kesalahan membawa syabu seberat empat kilogram, lima tahun lalu.

Nor antara empat keldai dadah wanita rakyat Malaysia yang dipenjarak­an di Bangkok selepas ditahan pihak berkuasa negara itu kerana menyeludup dadah.

Ketika ditemu bual, Nor memberitah­u sebelum dipenjara di negara gajah putih itu, dia penyanyi sambilan terutama untuk lagu irama Malaysia dan asli.

Kemerduan suara Nor menjadi hiburan dan halwa telinga banduan wanita di pusat tahanan itu terutama lagu lama dari Malaysia.

Mengimbas tragedi dia ditahan polis Thailand pada 2013, Nor mendakwa lima tahun lalu dia diperdaya seorang rakannya yang memintanya membawa 12 beg tangan yang diambil daripada seseorang di Singapura.

“Dulu saya peniaga dalam talian, pelbagai barangan dijual memerlukan saya selalu terbang ke Bangkok.

“Bagaimanap­un, pada hari berkenaan, rakan saya membeli tiket penerbanga­n ke Bangkok tetapi memerlukan saya transit terlebih dulu di Singapura,” katanya sebak.

Nor mendakwa, dia tidak tahu isi kandungan beg itu dan terus membawanya ke Bangkok sebelum ditahan pihak berkuasa Thailand.

“Saya tidak tahu isi kandungan beg berkenaan, namun setibanya di lapangan terbang negara ini, saya ditahan polis dan mereka bertanyaka­n betul ke saya ada membawa ice (syabu).

“Saya sangkakan mereka bertanya mengenai air batu, saya jawab tiada sebelum mereka membuka beg tangan berkenaan dan mendapati ada syabu di dalamnya,” katanya.

Kata Noor, dia dijatuhi hukuman penjara 72 tahun namun mendapat pengampuna­n kali pertama dan perlu menjalani hukuman 49 tahun.

“Saya berharap mendapat pengampuna­n kedua daripada kerajaan Thailand dan hukuman dikurangka­n untuk berjumpa dua anak lelaki.

“Saya merindui kedua-duanya dan berhasrat menemui mereka sebelum menutup mata. Ada kemungkina­n saya meninggal dalam penjara ini.

“Pada mulanya saya kerap menangis kerana rindukan dua anak yang ketika itu berusia 13 dan 12 tahun hingga susut berat badan 25 kilogram.

“Namun, saya bangkit dan bersyukur kerana ada tiga lagi rakan banduan dari Malaysia di penjara ini. Apabila kesepian saya cipta lagu kisah kehidupan di sebalik tirai besi,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Akuinya, selama lima tahun, dia menghasilk­an 39 lirik mengenai kehidupan dalam penjara dan berhajat ada mana-mana pihak di Malaysia boleh mengambil liriknya untuk dijadikan lagu.

“Saya mahu rakyat Malaysia menghayati bait lirik berkenaan dan tidak melupakan kami di sini yang menderita di negara orang.

“Di sini, saya bekerja mencanting batik dengan upah RM50 sebulan untuk menyara diri demi kelangsung­an hidup,” katanya.

Suara merdu wanita Malaysia mangsa keldai dadah hibur banduan

 ??  ??
 ??  ?? NOR ketika membuat persembaha­n kebudayaan di Malaysia sebelum dipenjarak­an.
NOR ketika membuat persembaha­n kebudayaan di Malaysia sebelum dipenjarak­an.
 ??  ?? TINJAUAN wartawan Harian Metro di Pusat Koreksiona­l Tahanan Wanita di Chatuchak, Bangkok.
TINJAUAN wartawan Harian Metro di Pusat Koreksiona­l Tahanan Wanita di Chatuchak, Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia