Harian Metro

CUCURAN AIR MATA NORMAN HAKIM

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Norman Hakim tak dapat tahan air mata lepaskan anak

duduki peperiksaa­n hafazan akhir di Turki

Berderai air mata pelakon Norman Hakim apabila terpaksa melepaskan anak sulungnya, Mohamad Danish Hakim, 15, bagi menduduki peperiksaa­n akhir hafazan di Turki sehingga sambutan Aidiladha ini.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 42, berkata, Danish antara 10 pelajar yang terpilih melanjutka­n pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta dan bertolak ke negara itu kelmarin.

Menerusi laman Instagram pelakon drama Gerak Khas itu, Norman dilihat tidak dapat menahan dirinya daripada menangis sambil memeluk Danish.

“Selama bertahun saya yang selalu pujuk dia. Dari saat dia masuk asrama untuk mulakan pengajian hafazan, setiap kali hantar balik asrama apabila dia sedih, bahu saya tempat dia bersandar untuk luahkan rasa dan air mata.

“Tetapi hari ini dalam sejarah, semuanya jadi terbalik. Saya yang longlai di bahu dia. Bercucuran air mata jatuh sampai basah baju dia.

“Emosi saya berbolak-balik terutama sejak seminggu sebelum sehingga hari ini (kelmarin). Hari jadi hening, cuaca terik pun jadi bening,” tulisnya.

Norman yang juga bekas suami pelakon, Abby Abadi akui dia tidak ‘sekuat’ anaknya.

“Baru saya sedar, dia lagi ‘kuat’ daripada saya. Dia sudah bersedia menakluk akhirat di dunia yang sementara.

“Fizikal mungkin sama, tetapi jiwa dan mental dia lagi kental berganda sebab kelebihan dia al-Quran sudah ada dalam dada. Dia sudah tidak takut apa kecuali Allah Yang Maha Esa,” katanya.

Norman juga mendoakan semoga perjuangan anaknya itu dipermudah­kan dan di bawah lindungan Allah.

“Selamat berjuang anakku sayang. Doa papa hak abang untuk menakluk akhirat di dunia.

“Sementara menunggu doa abang untuk hak papa pula antara tiga perkara untuk bantu papa di barzakh walaupun tidak tahu bila, tapi pasti akan tiba,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORMAN menangis di bahu anaknya di dalam video dimuat naik dalam akaun Instagramn­ya.
NORMAN menangis di bahu anaknya di dalam video dimuat naik dalam akaun Instagramn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia