Harian Metro

SOKONGAN PADU PEMINAT SETIA

Safiq gesa rakan waspada ancaman Lang Merah, tuntut semua pemain fokus raih tiga mata

- Aziman Rosdi & Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tidak berani memandang rendah pertemuan menentang Kedah pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang juga pembuka tirai Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Safiq berkata, Kedah adalah antara pasukan hebat di Malaysia dan memiliki kekuatan tersendiri namun JDT juga memiliki ramuan rahsia yang bakal dipersemba­hkan pada perlawanan itu nanti.

Katanya, pasukan mana yang memberi lebih fokus pada perlawanan, sudah tentu tidak berdepan masalah untuk mencipta kemenangan dan paling penting, mereka perlu konsisten bagi memburu tiga mata.

“Apapun, yang mustahak adalah pasukan JDT sendiri kerana kami harus beraksi tanpa tekanan dan beri komitmen tinggi dalam perlawanan itu. Jika ia dapat dikekalkan, tentunya kami tidak berdepan masalah meraih keputusan positif.

“Mengenai kekalahan kepada Muangthong United pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), ia sudah menjadi sejarah dan apa yang kami fokus sekarang adalah permulaan liga.

“Kami harus beri yang terbaik mengikut falsafah yang diterapkan JDT pada musim ini dan pemain tahu tanggungja­wab masing-masing. Kami akan beri sepenuh tumpuan,” katanya.

Safiq juga menegaskan betapa kejayaan yang pernah dikecapi skuad Harimau Selatan tidak perlu diimbas kembali sebaliknya mereka akan membuka lembaran baru bagi memburu lebih banyak kejayaan.

Dia juga menolak tanggapan segelintir pihak yang mengatakan prestasi Hariss Harun yang kembali menyertai JDT pada musim ini kurang konsisten sebaliknya yakin dengan kemampuan pemain Singapura berkenaan.

“Hariss masih lagi dengan corak permainann­ya dan saya tidak nampak dia tidak serasi malah kami mengambil pendekatan belajar untuk meningkatk­an kualiti permainan dengan mengharung­i satu demi satu perlawanan.

“Positifnya kami mahu tampil dengan corak permainan lebih mantap bagi musim baru dan ikut perancanga­n taktikal yang dibentuk jurulatih kerana sebagai satu pasukan kami mengutamak­an kerjasama,” kata Safiq.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia