Harian Metro

Bertasio, Phachara kongsi teraju

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain sensasi Thailand, Phachara Khongwatma­i dan pemain Itali, Nino Bertasio berkongsi kedudukan pendahulu dengan 11 bawah par 133 pada hari kedua Kejuaraan Maybank di Kelab Golf dan Country Saujana, semalam.

Phachara, 19, bersendiri­an mendahului apabila mencatat pusingan tanpa bogey dengan tujuh birdie dan menamatkan saingan dengan tujuh bawah par 65 tetapi keceriaan itu hanya bertahan sementara selepas pemain berusia 30 tahun, Bertasio mengumpul catatannya 68-65 untuk penamat pusingan kedua.

“Saya gembira dengan catatan saya dan mendahului. Saya tidak pernah tampil pada Jelajah Eropah seperti ini. Saya pernah berkeduduk­an kedua, tapi tidak mendahului seperti ini,” kata Phachara yang juga beraksi di Malaysia pada Januari ketika membantu skuad Asia pada Piala EurAsia dan mencari kemenangan pertama dalam Jelajah.

Seperti Phachara, Bertasio juga melakukan penampilan kedua di Kejuaraan Maybank dan mencari kemenangan pertama dalam jelajah namun melepasi cut pada kejuaraan di Abu Dhabi dan Dubai untuk terikat masing-masing pada kedudukan ke-53 dan 45.

Satu pukulan di belakang ialah bekas pemain nombor satu dunia, Lee Westwood dengan catatan terendah 10 bawah par 62 untuk dua hari keseluruha­n 134.

Selepas gagal melepasi dua cut pada Januari, Westwood kembali untuk membalas dendam dengan melakukan 11 birdie apabila memulakan saingan.

Pemain berusia 44 tahun itu bukanlah asing kepada Malaysia apabila menang Terbuka Kebangsaan pada 1997 (sebelum mendapat pengiktira­fan Jelajah Eropah) dan pada 2014 yang juga kemenangan terakhirny­a, tetapi juara 23 kali Jelajah Eropah masih mencari gelaran pertama selepas kemarau empat tahun.

“Saya bermain OK pada tiga minggu awal tahun ini, saya terlepas dua cut pertama tetapi saya melaluinya, tidak pasti sebabnya, tetapi hari ini, saya hanya melakukann­ya dan bergembira,” kata Westwood.

 ??  ?? BERTASIO dan Phachara (bawah) muncul pendahulu hari kedua Kejuaraan Maybank.
BERTASIO dan Phachara (bawah) muncul pendahulu hari kedua Kejuaraan Maybank.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia