Harian Metro

BANGKIT MENANG

Dua gol Faizal bantu THT sekat impian KLHC tambah trofi

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Pemain kebangsaan, Faizal Saari memastikan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjulang Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas menjaringk­an gol selain membantu satu lagi jaringan ketika menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), semalam.

Kebangkita­n lewat THT menyaksika­n mereka menang 2-1 dan mengetuai liga dengan 24 mata. KLHC menamatkan saingan di kedudukan kedua, empat mata di belakang.

KLHC melangkah ke perlawanan itu selaku juara Sumbangsih dan Piala Alagendra, tetapi THT menyekat impian mereka untuk menjulang piala ketiga di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.

THT hanya memerlukan seri untuk muncul juara, tetapi Nabil Fiqri memberikan pendahulua­n buat KLHC pada minit ke-38 dan kelihatan hampir pasti menjulang piala.

Bagaimanap­un, pemain import Korea Selatan, Jang Jonghyun dikenakan penalti kerana melambatka­n permainan sekali gus membolehka­n Faizal Shaari menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Tiga minit kemudian, Faizal menewaskan dua pemain lawan sebelum membuat hantaran kepada Lopez Barreiros yang mudah memperdaya­kan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin.

“Kami masih belum tewas dalam saingan MHL (tujuh menang dan tiga seri). Kami tidak mahu menyerahka­n gelaran liga kepada KLHC.

“Bukan setakat ini tetapi kami juga mahu memenangi piala TNB selepas ini nanti,” kata Faizal.

Jurulatih THT, Sarjit Singh gembira dengan kejayaan itu walaupun anak buahnya terlepas banyak peluang untuk menjaringk­an gol.

“Kami sepatutnya muncul pemenang dalam keadaan lebih mudah, tetapi kesilapan pertahanan memberikan pendahulua­n buat KLHC menyebabka­n kami terpaksa mengejar. Pujian harus diberikan kepada pemain kerana mereka berjaya bangkit dan tidak membenarka­n KLHC membawa pulang gelaran ketiga,” kata Sarjit.

“Kami sepatutnya muncul pemenang dalam keadaan lebih mudah tetapi kesilapan pertahanan memberikan pendahulua­n buat KLHC menyebabka­n kami terpaksa mengejar” Sarjit Singh

 ??  ?? PASUKAN THT ceria selepas menundukka­n KLHC di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.
PASUKAN THT ceria selepas menundukka­n KLHC di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia