Harian Metro

Fizzi Tabik Cudicini

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Setiap kali bermain bola sepak, penyampai radio Suria FM, Fizi

Ali memberitah­u dia sering menggalas tanggungja­wab sebagai penjaga gol.

Biarpun penjaga gawang dianggap tidak popular berbanding posisi lain dalam bola sepak, namun bagi Fizi, kalah menang sesebuah pasukan ditentukan oleh seorang penjaga gol.

“Jika penjaga gol membuat kesalahan, sudah pasti ia akan mengakibat­kan kekalahan dan jika dia berjaya mengawal serangan, sudah tentu pintu gol tidak dapat dibolosi.

“Memang kedudukan penjaga gol hanya terhad pada gawang dan kotak penalti tetapi itu bukan bermaksud dia tidak penting,” katanya.

Memilih penjaga gol berasal dari Itali iaitu Carlo Cudicini (gambar) sebagai idola, katanya, penjaga gol hebat itu tidak harus dipandang sebelah mata.

“Walaupun dia sudah bersara dari arena bola sepak, aura dan sikap positifnya masih saya ingat sampai sekarang.

”Dia juga sudah berjaya menambat hati saya untuk meminati tugas seorang penjaga gol kerana membuktika­n posisi itu mempunyai tugas menarik dan paling sukar,” katanya yang kini tidak boleh bermain bola akibat kecederaan di bahagian ligamen (ACL).

Merindui permainan bola sepak, Fizi, 28, berkata, Cudicini adalah pemain dan penjaga gawang nombor satu Chelsea.

“Bermain bersama kelab itu selama 10 tahun, dia menunjukka­n persembaha­n yang mengagumka­n untuk Chelsea sebelum ketibaan Petr Cech.

“Sepanjang bersama Chelsea, dia berjaya membawa pasukan itu menjuarai Piala FA pada 1999-2000 dan 20062007 serta Liga Perdana Inggeris pada 2004-2005 dan 2006-2007.

“Malah, anugerah Pemain Terbaik Chelsea pada 2002 dan ITV Golden Gloves pada 2003 menunjukka­n penjaga gol ini berada di puncak prestasi,” katanya yang mengendali­kan segmen Suria Pagi.

Selain itu, tambah Fizi, Cudicini adalah penjaga gol yang dihormatin­ya kerana sering berjaya melakukan kawalan di kawasan gol dengan sempurna.

“Kelajuan dan visi untuk memastikan dirinya dapat melihat bola adalah penting. Aspek kecerdasan adalah cara dia untuk membaca gerakan lawan dan juga berada dalam organisasi pertahanan.

“Dia antara penjaga gol yang sering berjaya menumpaska­n sepakan penalti lawan.

“Sebab itu, saya melihat bola sepak sukan yang mampu meningkatk­an kesihatan fizikal dan mental,” katanya yang juga meminati badminton dan mendaki.

Kata Fizi lagi, rasa minatnya terhadap Cudicini semakin menebal kerana nombor jersinya iaitu 23 adalah nombor kegemaran dirinya.

Sementara itu, kata Fizi, dia turut meminati pasukan Chelsea kerana gerun dengan kehebatan Cudicini ketika mengendali­kan pintu gol kelab hebat Eropah itu.

“Tanpa ada penjaga gol yang hebat, sesebuah pasukan itu pasti akan dibolosi dengan jaringan yang bertalu-talu.

“Namun, komitmen yang ditampilka­n Cudicini pasti akan membuahkan hasil hingga digeruni lawan dan ia juga sudah cukup menunjukka­n rasa kagum saya,” tegasnya yang mengaku meminati Chelsea sejak bangku sekolah.

Bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati iaitu pelakon bernama Shakilla Khoriri pada 18 Februari ini, katanya, dia sudah tidak sabar menanti perlawanan Piala Dunia tahun ini dan memberitah­u England adalah pasukan pilihan.

 ??  ??
 ??  ?? FIZZI ALI
FIZZI ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia