Harian Metro

KERUSI, TALI PINGGANG HABUAN TUBUH

Bapa akui guna tali pinggang pukul Nur Aina pada malam sebelum mangsa meninggal

- Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria news@nstp.com.my

Kerusi dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa dera, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga meninggal dunia, kelmarin.

Barangan terbabit ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut di sini, untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan selepas polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah

Majistret Port Dickson kira-kira 12 tengah hari semalam.

Suspek yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa polis ke dalam rumah secara berasingan bagi menunjukka­n lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Perbuatan kejam anggota tentera terbabit mendera anak kandung dipercayai dilakukan sejak dua tahun lalu selepas bercerai dan mendapat hak penjagaan anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superinten­dan Zainudin Ahmad berkata, berdasarka­n pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunaka­n tali pinggang pada malam kejadian.

“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada jam 11.30 malam.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.

“Malah suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunaka­n kerusi plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas kerusi itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarka­n suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini selepas pegawai penyiasat Inspektor Mahafiz Mat Lawi membuat permohonan itu di mahkamah.

Penahanan reman itu bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Akhbar semalam melaporkan Nur Aina Nabihah meninggal dunia akibat didera selepas keputusan bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Malah, suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunaka­n kerusi plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas kerusi itu yang sudah patah Zainudin

 ??  ??
 ??  ?? NUR Aina ANGGOTA pols membawa bapa mangsa ke rumahnya untuk mengumpul bukti pendakwaan.
NUR Aina ANGGOTA pols membawa bapa mangsa ke rumahnya untuk mengumpul bukti pendakwaan.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia