Harian Metro

4 DATUK, KERABAT KANTOI

Empat janji pulangan besar pelaburan emas, minyak dicekup

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Guna pengaruh kerabat diraja bagi mempromosi­kan skim pelaburan emas dan minyak dengan menjanjika­n pulangan lumayan setiap bulan.

Itu modus operandi sindiket penipuan didalangi seorang Datuk Seri dan tiga individu bergelar Datuk yang memperdaya beratus mangsa membabitka­n kerugian hampir RM30 juta.

Bagaimanap­un, kegiatan itu berjaya ditumpaska­n susulan penahanan enam suspek termasuk seorang kerabat diraja yang terbabit dengan sindiket pelaburan berkenaan di sekitar ibu kota dan Pulau Pinang pada 26 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua suspek berusia 42 hingga 62 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima 193 laporan dengan jumlah kerugian sebanyak RM27.5 juta di seluruh negara.

Menurutnya, mangsa ditipu sindiket berkenaan sejak Oktober 2015 hingga Disember 2017.

“Individu yang ditahan membabitka­n pengarah syarikat dan penganjur dalam skim pelaburan itu termasuk masing-masing seorang individu bergelar Datuk Seri dan kerabat diraja serta tiga individu bergelar Datuk.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas lapan kenderaan mewah milik suspek, lapan telefon pintar, tiga kad ATM, empat kepingan emas, tiga jam tangan berjenama, lima buku cek dan wang tunai RM200,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman semalam.

Amar Singh berkata, sindiket itu menawarkan dua pelaburan utama iaitu jual beli jongkong emas dan minyak dengan pulangan lumayan bagi tempoh sembilan bulan.

“Bagi skim pelaburan jongkong emas, pelabur dijanjikan pulangan lumayan dua peratus sebulan, manakala pelaburan minyak 15 peratus setiap bulan bagi tempoh sembilan bulan.

“Malah, suspek turut mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja serta orang kenamaan bagi menambah keyakinan pelabur terhadap skim ini,” katanya.

Beliau memaklumka­n suspek kini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013.

“Saya menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjika­n pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Pelabur diminta mem- buat pengesahan daripada agensi berkaitan terlebih dulu bagi memastikan kesahihan sesuatu skim pelaburan yang ditawarkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AMAR Singh menunjukka­n barangan yang dirampas di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.
AMAR Singh menunjukka­n barangan yang dirampas di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia