Mahu ‘bercuti’ ke tengah laut
“Sebelum lelaki itu hilang dari pandangan, saya sempat memujuknya namun dia beritahu mahu ‘bercuti’ di tengah laut,” kata seorang anggota tentera, Koperal Alias Abdullah, 34 yang menyaksikan cubaan seorang lelaki membunuh diri dengan mengayuh pelampung kanak-kanak menuju ke tengah laut di Jeti PD Marina di sini.
Dalam kejadian jam 10.16 malam kelmarin, Alias memancing sebelum dikejutkan dengan kemunculan mendadak lelaki itu.
“Saya sempat berbual seketika dan lelaki itu memaklumkan berdepan tekanan.
Lelaki itu mendakwa dia diberhentikan selepas baru dua minggu diterima bekerja.
“Namun apabila saya bertanya mengenai pekerjaannya, dia tidak menjawab,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, dia memujuk lelaki terbabit supaya naik ke darat berikutan pelampung kanak-kanak yang digunakan terlalu kecil.
“Lelaki itu tidak menghiraukan teguran dan sekadar memaklumkan mahu bercuti di tengah laut.
Saya tidak sempat menghalangnya apabila dia mengayuh laju menggunakan alat dipercayai pencakar sampah,” katanya.
Kata Alias, lelaki berusia 30-an itu turut membawa lampu suluh yang disangkut pada badannya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.20 malam dan mengerahkan 13 anggota ke lokasi.
“Pada mulanya kami menjangkakan sasaran alumni yang hadir hari ini (semalam) hanya 200 hingga 400 orang. Namun, sasaran kami meleset apabila lebih 2,000 alumni dikumpulkan dalam program ini.
“Malah dana dikumpul untuk bayaran muka bagi membeli bas mini, sebaliknya cukup untuk membelinya secara tunai. Ini termasuk kos membuat garaj hasil kutipan lebih RM300,000,” kata Ketua Sukarelawan Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
Kangar: Pewartaan Masjid Alwi di tengah bandar ini sebagai Tapak Warisan Negara, semalam disifatkan sebagai penghargaan yang sangat besar nilainya kepada masyarakat setempat.
Setiausaha Masjid Alwi, Zakaria Kob, 65, berkata, penyenaraian itu pengiktirafan tertinggi kepada masjid berkenaan yang dibina atas dasar takwa oleh masyarakat dulu bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti harian dan memenuhi tuntutan agama.
“Berbekalkan kutipan zakat dan derma RM68,684 termasuk RM20,000 sumbangan kerajaan negeri ketika itu, masjid tertua di negeri ini dibangunkan pada 10 Februari 1933.
“Namun sebenarnya, usaha mengumpulkan wang untuk pembinaannya dilakukan sejak 1920-an yang mana ketika itu masyarakat Islam setempat mahukan pusat agama dibangunkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pada awal pembinaan masjid berkenaan, tiada langsung campur tangan pihak tertentu dan masyarakat ketika itu dilihat ikhlas membinanya.
“Melihat keadaan masyarakat terutama orang Islam yang makin bertambahi, masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang mula mengumpulkan dana membinanya.
“Jadi pihak masjid menzahirkan kesyukuran dan mudah-mudahan masyarakat terdahulu diberikan ganjaran setimpal atas pengorbanan mereka ketika mengumpulkan dana untuk membina Masjid Alwi ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man ketika dihubungi berkata, penetapan masjid berkenaan sebagai tapak warisan negara adalah satu pengiktirafan kepada Perlis.
“Kerajaan negeri mengalu-alukan pengiktirafan berkenaan dan semasa kita melakukan pembaikan semula bangunan masjid dua tahun lalu, kita mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Warisan Negara bagi mengekalkan bentuk asalnya,” katanya.