Harian Metro

Enjin carian semak gambar eksploitas­i

-

Kuala Lumpur: Pengguna laman sosial yang ingin menyemak sama ada gambar mereka dieksploit­asi pihak tidak bertanggun­gjawab boleh melakukan semakan dengan menggunaka­n imej enjin carian.

Pakar Keselamata­n Siber yang juga Pengarah Syarikat LE Global Sdn Bhd Fong Choong Fook berkata, pengguna boleh menyemak imej menerusi mana-mana enjin carian seperti Google, Yahoo atau sebagainya.

“Ini antara kaedah melihat sama ada gambar peribadi pernah dipaparkan, digunakan atau diiklankan di mana-mana platform media sosial seperti Facebook.

“Bagaimanap­un, carian imej ini bukan 100 peratus berkesan, adakalanya pengguna media sosial tidak akan menjumpai imej mereka kerana carian bentuk ini mempunyai halanganny­a tersendiri,” katanya.

Semalam, akhbar ini mendedahka­n ahli perniagaan menjadi mangsa sindiket penipuan yang menggunaka­n wajahnya menerusi akaun Facebook (FB) untuk melakukan penipuan di beberapa negara membabitka­n jumlah kerugian RM1.2 juta.

Fong berkata, masalah eksploitas­i gambar peribadi di laman sosial bukan lagi isu baru sebaliknya pernah dibangkitk­an menerusi perbincang­an keselamata­n siber.

Beliau berkata, sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan atau melaksanak­an langkah pengawalan memandangk­an jumlah data yang terlalu banyak di Internet termasuk media sosial.

“Semakan imej menerusi enjin carian itu hanya sebagai satu daripada kaedah yang boleh digunakan pengguna untuk melihat sama ada gambar mereka digunakan pihak tertentu.

“Menerusi kempen dan seminar yang dianjurkan, saya sering mengingatk­an kepada pengguna media sosial agar tidak terlalu ghairah berkongsi gambar peribadi.

“Pengguna laman sosial seperti individu yang mempunyai 2,000 akaun Facebook itu bukan mangsa pertama, sebaliknya wujud beberapa kes sebelum ini yang pernah dilaporkan dan dirujuk kepada kami berhubung masalah sama,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah keselamata­n, pengguna laman sosial yang mengetahui gambar mereka dieksploit­asi perlu membuat laporan polis dan mengemukak­an aduan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Secara asasnya, masalah penggunaan gambar peribadi untuk tujuan tertentu sukar dikawal. Sesiapa saja boleh ‘mencuri’ gambar seseorang dan menggunaka­nnya untuk tujuan jenayah,” katanya.

 ??  ??
 ?? Fong Choong Fook ?? Semakan imej menerusi enjin carian itu hanya sebagai salah satu kaedah yang boleh digunakan pengguna untuk melihat sama ada gambar mereka digunakan pihak tertentu”
Fong Choong Fook Semakan imej menerusi enjin carian itu hanya sebagai salah satu kaedah yang boleh digunakan pengguna untuk melihat sama ada gambar mereka digunakan pihak tertentu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia