Anak syurga penguat semangat
Reyna jadikan derita orang
lain ubati rasa kecewa gagal dalam rumah tangga
Melakukan kerja sukarela sejak menuntut di universiti, pengasas Move On Charity Team (MOCT) dan ibu kepada tiga cahaya mata ini menubuhkan MOCT sempena penerbitan buku pertamanya bertajuk Move On pada 2016.
“Saya masih ingat kali pertama saya mengajar tuisyen di rumah anak-anak yatim dan perkampungan Orang
Asli. Timbul keseronokan melihat anak-anak comel itu dapat membaca dan menulis dengan baik,” katanya.
Namun selepas berumah tangga, kegiatan amal agak terbatas disebabkan ingin memberikan tumpuan kepada keluarga. Hanya selepas bergelar ibu tunggal, dia kembali aktif bagi mendapatkan semangat akibat kegagalan dalam rumah tangga.
“Mulanya saya hanya berkunjung ke wad kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan tujuan ziarah dan mengisi masa lapang. Saya merasakan lawatan ke wad dan melihat perjuangan anak-anak ini membantu membina kembali semangat dan lebih mensyukuri nikmat Allah selepas perkahwinan gagal. Hajat saya waktu itu adalah membantu diri sendiri bangkit semula.
“Di sana saya berkenalan dengan ibu hebat yang menjaga anak syurga. Saya mula mengetahui serba sedikit latar belakang anak syurga melalui Wan Shahriza, ibu kepada anak istimewa yang menjaga si kecil dengan penuh sabar dan reda. Saya sangat kagum,” katanya.
Bermula detik itu Reyna mula membaca kisah anak syurga pejuang kanser di Facebook. Dari situ dia banyak belajar untuk lebih kuat. Tanpa sedar Reyna merasakan dia tidak boleh bersendirian dalam melakukan kerja amal. Lantas dia mengajak tiga sahabat mengunjungi wad bersamanya.
Bermula dengan bantuan kecil, lama-kelamaan ia menjadi aktiviti bulanan. Sehinggakan timbul keinginan untuk menyediakan platform yang lebih kukuh bagi mendekati anak-anak ini.
“Menerusi kerja amal ini baru saya tahu ramai memerlukan kereta sorong bayi dan ada yang perlukan kerusi roda tetapi mana mungkin saya dapat menyumbang kerana sumber kewangan saya juga terhad. Saya perlu kumpulan sokongan yang dapat membantu kumpulan yang memerlukan ini.
“Keinginan saya kuat untuk membantu anakanak ini kerana melalui perjuangan merekalah saya belajar mengenai kehidupan dan erti bersyukur yang sebenarnya,” katanya.
Jelas Reyna, dengan penubuhan MOCT semua aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar. Perkara pertama dilakukan adalah mengumpul barang dapur melalui kawan-kawan dan barangan ini dihantar ke pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU)
“Kami juga meneruskan program ziarah ke wad dan menghulurkan beg cenderahati kepada pesakit kecil. Jika berkesempatan saya cuba bawakan badut untuk menghiburkan anakanak agar mereka tidak bosan di wad,” katanya.
Perkara paling menyedihkan sepanjang mengumpul keperluan ini ialah tidak sempat menyerahkan barang yang diperlukan atau diinginkan oleh anak syurga apabila mereka dijemput pulang ke pangkuan Maha Esa.
Ada yang meninggal dunia