Harian Metro

KASIH OPAH TERPISAH JUA

 Nenek super tak mampu jaga 3 cucu angkat minta tinggal di rumah jagaan orang tua JKM

- Suraya Roslan news@nstp.com.my

“Jika Opah tiada, saya mahu tinggal dengan siapa? Saya tiada sesiapa, ibu ayah tidak tahu ke mana, saya janji akan jaga Opah selagi bernyawa.”

Itu luahan sedih seorang cucu angkat Hasnah Mohamad Rais, 82, yang mesra dipanggil Opah Hasnah sebaik mendengar permintaan warga emas terbabit untuk tinggal di rumah jagaan orang tua.

Remaja berusia 18 tahun itu dijaga Opah Hasnah selepas ibu dan bapa kandungnya meninggalk­annya di rumah wanita berkenaan sejak kecil.

Sebaik dikunjungi pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Klang, semalam, Opah Hasnah melahirkan hasrat supaya dirinya ditempatka­n di rumah jagaan orang tua kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tidak mampu lagi menjaga tiga cucu angkatnya berusia tujuh, lapan dan 18 tahun yang mendiami rumahnya di Jalan Dato Osman, Taman Ros di sini.

Warga emas berasal dari Teluk Intan, Perak itu mahu ditempatka­n di Rumah Seri Kenangan (RSK) selepas kesihatann­ya tidak lagi mengizinka­n untuk menguruska­n kanak-kanak berkenaan.

Kunjungan dua pegawai PKM Klang, Noor Adelin Nordin dan Mohd Nazri Mohamad Hamzah bertujuan melawat dua cucu angkat Hasnah berusia tujuh dan lapan tahun sebelum keadaan bertukar hiba apabila dia secara rela hati melahirkan hasrat supaya dirinya ditempatka­n di RSK manakala dua kanak-kanak terbabit diletakkan di rumah kanak-kanak JKM.

Opah Hasnah sangat popular satu masa dulu apabila digelar nenek super kerana dalam meniti hari tua dan kudrat terbatas dia masih berupaya menjaga 30 cucu berusia satu hingga 18 tahun di rumahnya.

Tujuh daripada mereka adalah cucu kandung yang dijaga sejak 2002 selepas dua anak lelakinya meninggal dunia manakala selebihnya anak fakir miskin serta anak tidak sah taraf yang dijadikan cucu angkat apabila dibuang ibu bapa masing-masing.

“Opah sudah tua, tiba masanya untuk menguruska­n diri sendiri dan memberi tumpuan kepada ibadat selepas kesihatan tidak lagi mengizinka­n menjaga kanak-kanak.

“Sudah lama Opah terfikir untuk ke rumah jagaan orang tua tetapi memikirkan bayaran yang mahal, hasrat itu terbantut sebelum hari ini (semalam) berpeluang bertanya perkara berkenaan kepada pegawai JKM yang datang melawat,” katanya.

Opah Hasnah berkata, dia yakin keputusan dibuat demi kebaikan semua terutama dua cucunya yang kini ditugaskan untuk membasuh baju, mengemas rumah dan mengambil barang berikutan pergerakan­nya terbatas kerana sakit lutut.

“Demi kebaikan semua, ini keputusan yang Opah rasakan terbaik kerana dua cucu ini sepatutnya tidak perlu melakukan kerja rumah dalam usia mereka sekarang.

“Walaupun berat hati untuk berpisah dengan mereka namun Opah yakin dan percaya JKM akan menjaga mereka dengan baik,” katanya dalam nada hiba.

Katanya, dia nekad dengan keputusan itu lantaran memikirkan dirinya tidak berdaya menguruska­n makan, minum, pakaian dan keperluan cucu angkatnya.

“Jika anak dan cucu mahu menjenguk saya, datang saja ke rumah jagaan orang tua yang JKM akan tempatkan saya. Kini saya hanya mahu fikir mengenai diri dan kematian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PKM Klang berkata, lawatan pihaknya mendapati seorang daripada kanak-kanak terbabit belum mempunyai sijil lahir dan pihaknya berpendapa­t lebih baik jika mereka ditempatka­n di institusi kanak-kanak kendalian JKM.

“Hasil pemeriksaa­n kami mendapati Opah Hasnah sudah tidak dapat menguruska­n keperluan mereka seperti pakaian dan makanan. Kini kebanyakan makanan disedekahk­an jiran, masjid dan orang persendiri­an.

“Hasil perbincang­an dengan Opah Hasnah, dia juga bersetuju kami mengambil dua cucu angkatnya dan ditempatka­n di institusi kami,” katanya.

Opah sudah tua, tiba masanya uruskan diri sendiri dan tumpu ibadat Hasnah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HASNAH tidak dapat menahan air mata apabila dipeluk dua cucunya ketika ditemui di rumahnya.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
HASNAH tidak dapat menahan air mata apabila dipeluk dua cucunya ketika ditemui di rumahnya. LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ?? HASNAH ketika menerima lawatan wakil JKM di rumahnya, semalam.
HASNAH ketika menerima lawatan wakil JKM di rumahnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia