Harian Metro

Gandingan 2 haruman dalam satu

-

Selain pakaian, haruman juga menjadi antara cara menyerlahk­an emosi ceria. Bagi meraikan kepelbagai­an dimensi wanita kontempora­ri, kini Avon memperkena­lkan

Eve Duet, gandingan dua haruman dalam satu yang ikonik.

Dua haruman direka secara harmoni untuk dipakai berasingan atau dilapisi bersama bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. Daripada nota segar bungabunga­an dan buah-buahan hinggalah ke haruman flora memikat, Eve Duet yang dihasilkan oleh pakar wangian Perancis, Jean-Marc Chaillan ini membawakan keunikan bau bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar tiga hari dalam setahun.

Sifat bunga teratai yang berubah warna dan aroma dari fajar ke senja menjadi simbolik kepada watak setiap wanita dan menjadi asas kepada penciptaan haruman terbaru Avon ini.

Bagi mencermink­an kepelbagai­an sisi

Eve Duet, Avon turut memperkena­lkan pelakon Eva Mendes sebagai wajah terbarunya. Selain berlakon, ibu kepada dua cahaya mata itu itu giat mempelbaga­ikan kerjaya seninya dengan meneroka bidang rekaan fesyen dan menjadi usahawan.

Wanita berani, pintar dan periang itu mengakui berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan jenama yang memahami dan menghormat­i wanita. Malah ia juga secara tidak langsung merangsang­nya untuk menjadi insan kreatif dan meraikan identitiny­a melalui haruman.

Eve Duet menampilka­n dua haruman iaitu Radiant yang menyegarka­n, ringkas dan ceria serta Sensual yang menawan, mempesona dan menggoda.

Haruman Radiant diisi dengan kesegaran Clementine dan putik epal bagi nota atas, sementara nota tengah dirumus daripada adunan bunga teratai merah jambu, pati melur dan peony. Sementara kemewahan ambar keemasan dan kayuan blonde dipilih sebagai nota dasar yang menjadikan ia begitu istimewa.

Haruman Sensual pula dirumus daripada bergamot twist, plum ungu liar dan lada merah jambu untuk nota atas; teratai putih, melur dan mawar merah untuk nota tengah dan kesturi praline, sari patchouli heart LMR dan kayuan koko bagi nota dasarnya.

Eve Duet akan mula dipasarkan pada Mac depan di semua butik Avon di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia