Harian Metro

Misi sukar pertahan trofi: Marcote

-

Kuala Lumpur: Jurulatih Kedah, Ramon Marcote mengakui bukan mudah buat anak buahnya mempertaha­nkan kejuaraan Piala FA tahun ini selepas berdepan ujian getir seawal pusingan kedua menentang Negeri Sembilan awal bulan depan.

Beliau berkata, dalam pertanding­an kalah mati itu, tiada istilah lawan mudah dan mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan yang pastinya cukup bersemanga­t apabila bertemu dengan juara bertahan.

“Kami tahu Negeri Sembilan adalah pasukan Liga Super, ia pasti perlawanan sukar buat kami. Malah Negeri

Sembilan juga berjaya melangkah ke separuh akhir pertanding­an ini tahun lalu jadi kami perlu bersedia. Bagaimanap­un saya tidak mahu terlalu fokus kepada keputusan undian ini kerana ketika ini saingan liga sedang berlangsun­g,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain mahu menambah koleksi trofi kelima, kejuaraan Piala FA amat penting buat Lang Merah kerana ia menawarkan slot beraksi di Piala AFC tahun depan. Tahun ini mereka kempunan untuk bersaing di pentas Piala AFC susulan kegagalan mendapatka­n lesen AFC.

“Sememangny­a Piala AFC adalah antara keutamaan kami tahun ini, kami akan cuba berikan saingan. Kami tidak boleh meletakkan harapan tinggi sebaliknya berusaha dan berjuang dalam setiap perlawanan,” katanya yang dilantik oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi

menggantik­an Nidzam Adzha Yusoff, hujung tahun lalu.

Kedah sudah terlepas satu piala musim ini apabila tewas 0-2 kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Larkin, Sabtu lalu.

Sementara itu, dalam undian Piala FA semalam turut menyaksika­n naib juara tahun lalu Pahang berdepan ATM pada pusingan kedua manakala juara 2016, JDT bertemu Sabah.

Juara lima kali Selangor pula turut mendapat undian selesa menentang MOF FC atau CNA FC yang berentap di pusingan pertama bermula pada 13 Februari.

Pusingan pertama hanya membabitka­n pasukan Liga FAM dan kelab dari Liga Sosial manakala undian semula akan dilakukan bagi perlawanan pusingan ketiga pada 16 dan 17 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia