Harian Metro

The Hawks tak rela kecewa lagi

-

Kuala Lumpur: Kekalahan di tangan seteru tradisi, Selangor pasti memberi pengajaran berguna buat Kuala Lumpur untuk mengharung­i musim pertama Liga Super dalam tempoh lima tahun.

Justeru, pertahanan tengah skuad ‘The Hawks’, Hisyamuddi­n Shaari

mahu rakan sepasukann­ya supaya tidak lagi mengulang kesilapan yang sama bagi mengelak daripada sekali lagi berputih mata pada aksi kedua bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

“Kalau dinilai berdasarka­n aksi bertemu Selangor, barisan pertahanan sudah menunjukka­n corak permainan yang memberangs­angkan,

(gambar)

namun hanya sedikit kesilapan membolehka­n pihak lawan menjaringk­an gol.

“Dalam bola sepak, sedikit kesilapan sudah cukup untuk membuatkan kita dihukum, jadi kami perlu bangkit untuk tidak melakukan kesilapan yang sama pada aksi bertemu Negeri Sembilan nanti.

“Dengan tempoh tiga hari ini, kami akan memanfaatk­an sepenuhnya untuk memperbaik­i mana mana kesilapan daripada aksi terdahulu dan kami sudah bersedia memperagak­an persembaha­n lebih kemas bagi aksi kedua,” katanya pada sidang media, Ahad lalu.

Perlawanan membabitka­n dua pendatang baharu itu sudah pasti menjanjika­n aksi yang sengit memandangk­an kedua-dua pasukan itu pasti mahu merawat kedukaan selepas tumbang di tangan lawan masing-masing pada aksi pembukaan, minggu lalu.

Kuala Lumpur yang dibimbing Fabio Maciel terpaksa akur dengan kehebatan The Red Giants yang melakar kemenangan 2-0 sekali gus ‘mencemarka­n’ aksi kepulangan mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Sementara itu, Negeri Sembilan yang bertandang ke Stadium Batu Kawan bertemu satu lagi pendatang baharu Liga Super, PKNP FC tumbang 1-0 menerusi jaringan tunggal Keo Sokpheng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia