Harian Metro

‘Dah biasa diterjah keras’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Segovia sedia hadapi tentangan pemain Melaka

Penyerang import Selangor, Rufino Segovia bersedia berdepan dengan terjahan keras daripada pertahanan lawan termasuk Melaka United, malam ini.

Bekas pemain remaja Rayo

Vallecano itu menjadi ‘sasaran’ pemain

Kuala Lumpur pada aksi pembukaan Liga Super membabitka­n dua pasukan itu, Ahad lalu yang menyaksika­n dia sering kali menjadi mangsa asakan keras pemain tuan rumah.

“Terjahan atau asakan keras adalah lumrah dalam bola sepak, jadi saya perlu sentiasa bersedia memandangk­an saya beraksi di jentera serangan.

“Saya tidak pernah memandang ringan cabaran dalam Liga Super kerana semua pasukan yang bertanding yang terkuat di negara ini.

“Sama seperti aksi bertemu Kuala Lumpur, sudah pasti semua pasukan turun dengan semangat yang tinggi untuk meraih kemenangan. Justeru, corak permainan agresif sudah tentu tidak dapat dielakkan. Namun, ia tidak menjadi masalah buat saya,” katanya. Mengulas lanjut mengenai persembaha­n cemer-

langnya selepas meledak dua gol, bekas penggempur Kitchee SC itu menegaskan memburu gol bukan sasaran peribadiny­a, sebaliknya keutamaan tetap kepada persembaha­n berpasukan.

“Bagus rasanya dapat meledak dua gol pada

penampi- lan sulung musim ini, tetapi apa yang lebih penting kami berjaya meraih kemenangan dan tidak dibolosi pada perlawanan pertama ini.

“Peluang untuk menjaringk­an gol berpihak kepada saya pada perlawanan bertemu Kuala Lumpur, namun mungkin selepas ini kita dapat menyaksika­n pemain lain pula yang berbuat demikian,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia