Harian Metro

KONON JADI WIRA

 Pengasuh dihukum mati bunuh keluarga majikan dengan sengaja bakar rumah untuk wang habuan

- AFP

Niat seorang pengasuh menjadi wira semata-mata mahu mendapatka­n wang untuk menyelesai­kan hutangnya bertukar tragedi apabila kebakaran yang dimulakan merebak sehingga tidak dapat dikawal menyebabka­n isteri dan anak majikannya terkorban.

Mahkamah di bandar Hangzhou semalam mendapati, Mo Huanjing, 35, bersalah dan menjatuhka­n hukuman mati terhadapny­a. Tragedi itu turut mendapat perhatian meluas daripada orang ramai selain timbul persoalan berhubung cara kes itu dikendalik­an.

Keputusan itu sekali gus mengakhiri penantian majikan Mo, Lin Shengbin, 37, yang sudah lama menuntut keadilan terhadap kematian isteri dan anak-anaknya dalam kejadian pada 22 Jun tahun lalu itu.

Kes itu menjadi tular di China dan sohor kini di laman sesawang Weibo kerana kisahnya yang tragik apabila berlaku penangguha­n ketika bomba cuba memadam kebakaran.

Lin memperoleh 2.3 juta pengikut di Weibo sejak dia membuka akaun Weibo bagi mendokumen­tasikan usahanya mencari keadilan.

Tanda pagar ‘Isteri dan anak-anak di syurga, 22 Jun,’ yang diwujudkan­nya menarik hampir 1.3 bilion pembaca sejak tragedi itu berlaku.

Mo, 35, dikatakan kaki judi dan disebabkan hutang bertimbun dia bukan saja meminjam, malah turut mencuri wang majikannya.

Mahkamah berkata, dia mengaku memulakan kebakaran di ruang tamu rumah majikannya di tingkat 18 sebuah apartmen di Hangzhou dan merancang memadamkan secepat mungkin kononnya mahu dianggap wira bagi memperoleh wang daripada mangsa.

Malangnya sebelum sempat berbuat demikian, api merebak dengan cepat menyebabka­n isteri Lin, Zhu Xiaozhen, 34, bersama tiga anaknya berusia enam, sembilan dan 11 tahun terkorban akibat sesak nafas.

Mo bagaimanap­un terselamat kerana melarikan diri apabila kebakaran tidak dapat dikawal. “Penjahat akhirnya menerima hukuman mati. Saya merana siang dan malam sejak 200 hari lalu dan hari ini akhirnya keputusan diterima,” kata Lin dalam statusnya di Weibo semalam.

Sementara itu, Lin akan meneruskan kes sivil ke atas ‘pihak lain’ yang didakwanya mempunyai kaitan dengan kejadian itu. Sebelum ini, dia pernah menyalahka­n pemaju kompleks apartmen terbabit, Greentown, menyumbang kepada kelewatan mengawal kebakaran berikutan kekurangan langkah keselamata­n.

Jabatan bomba tahun lalu menafikan tuduhan yang mengatakan mereka lambat bertindak sebaliknya menyalahka­n tekanan air rendah dan kurangnya ciri keselamata­n kebakaran yang diperlukan di dalam bangunan.

 ??  ?? MO (tengah) dihukum mati. - AFP
MO (tengah) dihukum mati. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia