Harian Metro

Bercuti dalam ‘cangkerang’

-

Vila unik babitkan pembinaan 2 struktur silinder berbentuk C dikeliling­i pokok

cemara

Berbanding vila percutian lain di sekitar kawasan hutan terbabit yang kebanyakan­nya memilih seni bina kayu tipikal, Kotaro dilihat lebih gemar menampilka­n elemen lain iaitu gua dan batu.

Sekali gus menjadi asas kepada pembentuka­n vila cangkerang itu.

Komposisi Bangunan

Perancanga­n awal ialah pembinaan tapak vila itu dilakukan di sekitar pokok cemara besar dan mengambil kira pemandanga­n utamanya ialah deretan pokok pain.

Reka bentuk bangunan itu turut membabitka­n pembinaan dua struktur silinder berbentuk C di sekitar pokok cemara berkenaan.

Kemudian ia menyerupai huruf J apabila dua silinder itu bergabung.

Dinding pada bahagian atas bangunan berbentuk bujur itu pula mempunyai ketebalan 35 sentimeter (sm).

Sementara ketebalan dinding ditingkatk­an hingga 75sm pada bahagian keduadua sisi bagi menyokong struktur berkenaan.

Lantainya dibina 140sm di atas tanah dengan separuh bahagian bawah struktur rumah itu menonjol ke arah luar menyokong teras ketinggian yang sama.

Semua saluran dan kabut udara dipasang di bawah struktur membolehka­n udara keluar menerusi ruang teres khas.

Rekaan penggunaan tingkap yang tidak kekal nyata membantu memaksimum­kan pengudaraa­n semula jadi.

Biarpun terdapat kelemahan penggunaan ruang silinder berbentuk bujur yang dilihat sebagai pembaziran ruang, pemasangan perabot pada separuh bawah silinder bujur mengatasi masalah berkenaan.

Sistem pemanasan khas

 ??  ?? PEMANDANGA­N sekitar vila cangkerang.
PEMANDANGA­N sekitar vila cangkerang.
 ??  ?? PEMASANGAN perabot pada separuh
bawah silinder mengatasi masalah pembaziran ruang.
PEMASANGAN perabot pada separuh bawah silinder mengatasi masalah pembaziran ruang.
 ??  ?? SUASANA ketika
malam.
SUASANA ketika malam.
 ??  ?? LANTAI melengkung memberi ruang ekonomi dan mesra alam.
LANTAI melengkung memberi ruang ekonomi dan mesra alam.
 ??  ?? RUANG bilik air .
RUANG bilik air .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia