Harian Metro

TERIMA KAPAL BARU

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

APMM Wilayah Sabah, Labuan dapat aset perkuat keselamata­n Esszone

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan bakal menerima sebuah kapal ronda generasi baru dengan teknologi terkini, esok.

Kapal ronda buatan tempatan itu antara enam kapal yang dibina bagi mengukuhka­n kemampuan aset sedia ada dalam inventori APMM serta Wilayah Maritim Sabah dan Labuan.

Kapal pertama itu dirasmikan pada sambutan LIMA 2017 di Pulau Langkawi.

Kapal ronda yang diberi nama Kapal Maritim (KM) Kota Belud itu ditempatka­n di Daerah Maritim Sandakan (DM17) bagi melaksanak­an tugasan penguatkua­saan di sektor Esszone.

Kapal ini dibina di Limbungan Destini Berhad di Pelabuhan Klang, Selangor dan dilengkapi meriam Aselsan SMASH 30mm dari jenis

serta sebuah UAV Fulmar dari Thales untuk tugasan

(ISR).

Kapal itu dilengkapi sistem

(AIS) dan

(FLIR) bagi memastikan tugasan penguatkua­saan tiga dimensi di sektor rondaan lebih berkesan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Kapal KM Kota Belud mempunyai ukuran panjang keseluruha­n 45 meter dengan lebar 7.7 meter serta berat 297 tan.

Katanya, aset baru itu mampu untuk belayar sehingga 2,000 batu nautika dengan kelajuan ekonomi tanpa perlu membuat proses ulang bekal. “Dengan keseluruha­n enam kapal ronda generasi baru iaitu KM Bagan Datuk yang ditempatka­n di Daerah Maritim Klang, KM Sri Aman di Daerah Maritim Kuching, KM Kota Belud di Daerah Maritim Sandakan.

“Selain kapal KM Tok Bali di Daerah Maritim Tok Bali, KM Kota Kinabalu di Daerah Maritim Kota Kinabalu dan KM Lahad Datu yang bakal di tempatkan di Daerah Maritim Tawau, ia dilihat mampu mengalas tugasan penguatkua­saan yang lebih dinamik dan efisyen,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n, semalam.

Kapal berkenaan dijangka tiba di Kota Kinabalu esok, selepas belayar selama 4 hari dari Pelabuhan Klang, sejak 7 Februari lalu.

Menurut Mohd Zubil, ia akan dipamerkan kepada orang ramai Ahad ini, di Pelabuhan Sabah, di sini, sempena acara Open Ship Day APMM.

“Ia akan dibuka untuk lawatan bersama KM ARAU sebagai salah satu acara Hari Ulang Tahun APMM yang ke-13,” katanya.

 ??  ?? KAPAL KM Kota Belud.
KAPAL KM Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia