Harian Metro

Jumpa mayat bengkak di muka akibat dipukul

-

Pekerja pembersiha­n terkejut apabila seorang wanita warga asing yang ditemui bermesra dengan seorang lelaki di tempat pembuangan sampah di belakang kedai di Jalan Metro Perdana 2, Kepong jam 5 pagi kelmarin ditemui meninggal dunia jam 6.30 petang kelmarin.

Pekerja itu, Spaklee, 35, berkata, dia terkejut apabila dimaklumka­n mayat wanita itu ditemui dalam keadaan bengkak di muka dipercayai akibat dipukul.

“Ketika jam 5 pagi, saya terserempa­k wanita itu bermesra dengan seorang lelaki di tempat pembuangan sampah dan sempat menegur mereka.

Sementara itu, mayat wanita berusia 30 hingga 40-an dipercayai warga Myanmar.

Menurut sumber, ia berdasarka­n penemuan dokumen perakuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sisi mayat tertera nama Nyuu Nuu yang menyatakan mangsa ialah pelarian Myanmar.

“Buat masa ini, kami masih menyiasat kesahihan dokumen serta kewarganeg­araan wanita itu kerana sepatutnya sebagai pelarian, dia memilik kad PBB dan bukan dokumen bersiaz A4.

“Selain dokumen, turut ditemui pisau namun hasil siasatan tidak menemui kesan tikaman melainkan kecederaan di muka,” katanya.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahka­n penemuan mayat itu dan pihaknya menjalanka­n siasatan lanjut termasuk kemungkina­n mangsa dibunuh di tempat kejadian selain menunggu hasil bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia